Jubah Dress
anamizu
21 July
16 Comments
puasa tinggal hujung-hujung je dah ni.. cane persiapan raya engkorang? semua dah setel kot ? tinggal nak tunggu tetamu datang je lagi ye dak ? errr ke salah ? ahaksss =P aku punya persiapan raya setakat ni baru setel tolong mak aku setelkan part langsir, sarung sofa dan lapik meja hape segala..
part kuih muih belom ada barang sebijik pon lagi.. kalo tahun lepas, aku gigih dok buat biskut raya kat ofis ni.. bepakat dengan geng-geng kerja aku pakat bawak oven dengan segala peralatan dan jugak bahan-bahan.. kami berempat dok pulun buat bersungguh tahun lepas.. dapat gak la 3 jenis : biskut dahlia (samperit), biskut chocolate chip dengan biskut cornflakes.. sipbekla jugak boss memang takdak kat sini.. boss jenis monitor dari HQ je.. agak beruntung jugakla kami ahakss =P
tapi tahun ni nampak gayanya tak sempat la pulak nak menggodek biskut kat ofis ni sebab masing-masing ada tugasan banyak la pulak =.= banyak kuih tunjuk je la nampak gayanya tahun ni hehehe

setel part mak dan jugak part biskut yang nampak gaya bakal jadi tunjuk-tunjuk je tu.. part baju raya pulak mulanya memang aku nak pakai apa yang ada je sebab aku rasa baju yang ada semua elok lagi.. kaler pun buleh tahan terang menderang dan berwarna-warni jugak dok beratoq dalam almari tu.. adik aku si Aiman siap kata :
"huiiii kak, dah macam kaler Luna dah semua baju hang ni bila susun atoq camtu"
haa adik aku si Aiman memang suka bermanja camtu dengan kakak dia ni.. yelah selain mak dan abah aku, aku je yang ada kat rumah tu sepanjang dia membesar ni. tu yang jadi manja terlebih tu.. segala benda lah nak mintak tolong aku.. ohhh part baju raya tadi -- planning awalnya camtulah -- nak pakai je apa yang ada.
Tup tup baru sat tadi kak ipar aku wassap kat dalam group family aku. dia hantar gambar dress dua tu (hijau + hitam) dan dia suruh aku pilih nak yang mana satu.. aku pon ayat la kata kalo tengok, dua-dua pon lawa.. pastu aku jack la abang aku yakni hasben kak ipar aku tu untuk sponsor la dua-dua tu kat aku..
Wassap Group Aziz N Co
kak ipar : ana, pilihla mana satu kaler ana nak.. hijau ke atau hitam tu..
aku : errr... wow dua-dua lawa ! errr along mana along ?
kak ipar : along ade je ni..
abang long : ehem..
aku : err.. err... Long.. apa kata kan.. sempena raya yang bakal tiba ni kan..
hang sponsor la aku dua-dua tu.. kesian kat aku takdak baju raya apa lagi..
aku kan satu-satunya adik pompuan hang.. tak kesian kat aku ke Long? sobss sobs
abang long : hurmm.. kalo aku belanja dua-dua tu hang kena tolong aku.
tolong ejas kak hang ni bagi izin.... kuikuikui
kak ipar : amboiiiii sempat lagi eaaa !!! *%&!@#
hahaha part last tu aku taw depa gurau-gurau manja hehe.. hurmm mungkin rezeki aku sempena Ramadhan ni kot, abang long aku tak cakap banyak dia terus kata orait tarak hal lah. ahakss ni sayang abang long lebeyhhh nih ! makanya daripada aku takdak baju raya yang baru untuk dipakai, tup tup dapatlah dua pasang tu ha. kehkehkeh Alhamdulillah ;)
*gurau senda selagi suami / isteri tak amek hati, takpe -- PAHALA bila buat masing-masing senyum :)