Dimasak Cenggini Laju Je

07 December 19 Comments

 


Sekarang macam dah mula musim selsema batuk.

Pergi klinik / farmasi pun penuh orang yang selsema batuk.

Bila dah pakat batuk selsema, selera makan pun terganggu.

Tekak pun mula memilih sikit.


Macam resepi Roti Bakar Butter Sekaya ni.

Hambik je roti sebuku tu tapi ikutlah pada berapa yang nak makan.

Jangan pulak bantai buat semua kalau engkorang sorang aje nak makan.

Tapi yang pasti bila buat versi gini, roti tu tak sempat berkulat hehehe

Sapu je banyak-banyak sekaya tu biar meleleh-leleh-leleh lantak situ =P



Dah Tiba Waktunya

06 December 8 Comments

 


Hai engkorang semua.

Moga baik-baik saja semuanya ya.

Sebenarnya ada satu kejadian yang berlaku.

Masa semua orang sibuk pulang ke kampung halaman,

bersempena dengan cuti hari mengundi tempoh hari,

macam tu jugak dengan keluarga aku.


Selesai je urusan mengundi haritu, 

kami sekeluarga masing-masing sibuk dengan aktiviti keluarga.

Bila dah berkumpul ramai-ramai tu tentulah makan-makan kan?

Dan macam biasa anak bulus kesayangan mak - si Comot main lari-lari.


Bila dah masuk waktu maghrib, Comot tak balik balik.

Selalunya dia tak pergi jauh mana pun.

Mak dah tak sedap hati bila sampai malam tak nampak kelibat Comot.



Sampailah dah esoknya subuh mak tetap tercari-cari mana si Comot tak balik.

Sebab selalunya bila azan maghrib je Comot mesti akan masuk dalam rumah.

Dan tiap malam memang akan masukkan dalam 'rumah' dia untuk tidur.

Rupanya petang 19 November 2022 tu kali terakhir lah Mak tengok Comot.


Awal pagi terang je 20 November 2022 (Ahad) tu mak terus ronda keliling kawasan.

Dari kejauhan mak nampak kelibat tepi jalan.

Mak panggil tapi takda respon.

Mak pergi dekat.

Comot penuh luka kat tangan dan kaki,

macam kena gigit atau serangan haiwan pemangsa T__T

Mak tak sanggup nak ambil dan terus panggil Abah.

Abah uruskan semua dan tanam Comot di kawasan belakang.

Takda tanda kena langgar.

Mak kata malam tu ada terdengar anjing menyalak kuat.

Mungkin Comot nak selamatkan anak-anak kucing yang takda ibu.

Dan Comot terkorban T______T


Mungkin dah tiba waktu Comot pergi.

Dulu aku dan Mak ambil Comot di kawasan pasar basah.

Masa tu semua badan Comot penuh kudis dan tak bermaya.

Moga Comot tenang di alam sana.

Terima kasih pernah hadir dalam hidup aku dan Mak T____T

Ni Untuk Abah

13 November 29 Comments

 


Aku dah lama menyuarakan hasrat hati nak belikan rocking chair ni untuk Abah.

Adik beradik aku yang lagi tiga orang kesemuanya lelaki tu setuju aje.

Orang lelaki memang tak banyak soal ye?


Setelah beberapa purnama, kami adik beradik akhirnya berjaya juga belikan kerusi ni.
Istimewa untuk Abah sempena ulangtahun kelahiran Abah yang ke 65 pada 06 November.
Moga Abah dapat rilek santai dengan hati yang tenang sambil goyang kaki hehehe

Nak Tema Roblox

11 November 17 Comments

 


Bulan November ni merupakan bulan sambutan kelahiran beberapa insan tersayang.

Antara yang paling awal adalah si budak kecik ni --- Zhafran Amsyar (anak saudara).



Dan si budak Zhafran Amsyar ni tengah gilakan Roblox.

Sempat dia request nak kek dan semuanya tema Roblox lah katanya.

Mak dia dah pening memikir macam mana nak cari baker yang boleh buat.

Mujurlah juga Kak Izzah (kawan office aku) ada suggest sorang baker tu.

Cubalah tanya kata Kak Izzah mungkin ada rezeki Amsyar.


Dan memang tertulis rezeki Amsyar. 
Aunty Baker tu terima oderan tema Roblox ikut kehendak Amsyar.
Maka, 03 November 2022 (Khamis) malam buatlah sikit makan-makan.
Sebab Amsyar kata dah lama tak dapat buat makan-makan dengan kawan.

Iyelah sebab PKP pun sampai masuk dua tahun kan?
Selalunya memang tiap tahun buat sikit makan-makan.
Untuk tak menghampakan, kita usahakan juga demi si kecil.

Amsyar cakap dia taknak hadiah apa-apa,
dapat makan-makan dengan kawan pun dah cukup.
Wahhhhh lapang hati mama dia dengar jawapan tu.

Selamat hari kelahiran ke Lapan Tahun.
Moga terus jadi anak soleh Amsyar.


Ni Penyakit Miang

09 November 17 Comments



Hujung minggu macam biasalah.

Memang hari untuk Bersamamu Emak Tersayang hehehe. 

Mak aku memang dah terkena miang keladi hehehe.


Pantang dengar Geng Mesyuarat Tingkap beritahu ada tempat jual keladi.
Mesti nak terjah kikikiki. Walau tak beli pun takpe yang penting cuci mata kata Mak ehehehe.


Melangkah masuk je terus disambut dengan ramah.

Pandai staff dan pemiliknya sebab layanan memang tiptop.

Dan itu paling bahaya sebab tentu akan membuatkan kena datang lagi hehehe



Ni benda ni lah yang buat makin terkena miang keladi.

Kecil bukan sebarang kecil.

Kecil tapi menggoda mata Mak aku hahaha

Nutritions Canned Food

04 November 8 Comments

 


Ini semua kerja sepupu aku yang otak gila-gila sikit Si Geena.

Dan dia jenis sayang anak bulus.

Tak kesahlah jumpa anak bulus kat mana-mana,

dia mesti akan bagi makanan. 

Dia banyak juga adopt stray cat.

Dan ada dua ekor yang paling dia sayang : Chuteh dan Gubus




Hanya ada dua ekor je anak bulus dalam gambar tu : Gubus dan Chuteh.

Yang kaler oren tu bukan anak bulus ye kawan-kawan hehehe

Sepupu aku si Geena deco dua ketul budak bulus ni,

sempena Halloween Give Away by MamaCat.

Moga ada terselit rezeki untuk budak dua ketul ni.


Nak Salahkan Siapa Cium Bontot?

02 November 16 Comments

 


Permulaan November yang agak kurang baik buat sahabat aku.

Sahabat aku ni kerjanya berjualan buah-buahan di pasar tani.

Balik je dari urusan jualan petang semalam, ternampak khabar duka.






Kereta Pak Polisi sudah menciom bontot lori sahabat aku tu.

Terkedu juga bila kawan-kawan bersoal jawab.

Moga dipermudahkan urusan sahabat aku.

Sepatutnya yang langgar belakang memang salah.

Tak kira dalam apa situasi kan?

Atau ada pengecualian...? 


Namanya Orang Perempuan

02 November 12 Comments

 


Allah memang ciptakan makhluk dengan pelbagai rupa dan bentuk.

Sama ada manusia, haiwan ataupun makhluk yang selain itu.

Kebolehan dan kelebihan pun berbeza sama sekali.


Orang lelaki usahlah hairan.

Memang kelebihan orang perempuan begitu.

Bak kata Ustaz Syamsul Debat : 


Si Ayah masa tengah baca paper depan tv, kalau kain langsir terjatuh pun, dia buat tak nampak je langsir tu jatuh.

Tapi, kalau si Mak, masa tengah goreng ikan kat dapur, sempat lagi kemas bakul sampah pastu pergi ke depan buang letak pada tong sampah luar. Lepas buang tu ternampak pulak kain langsir terjatuh tadi tu, betulkan dulu langsir tu walaupun si Ayah ada je kat situ. Pastu si Mak terus pergi dapur terbalikkan ikan goreng tadi sebelah lagi. Helokkk je kejadian ikan goreng tu tak hangit.

Memang itu kelebihan orang perempuan.

Sebab itu kalau orang perempuan bebel,

Biarkan aje. 

Itu memang salah satu job scope perempuan.

Demi kebaikan seluruh isi rumah hehehe


Nah Peluang Redeem FREE Coffee Secret Recipe

01 November 10 Comments



Hujung minggu lepas memenuhi undangan majlis aqiqah sepupu sebelah mak aku. 

Dah lama tak dapat jumpa sepupu yang ni sebab tinggal agak jauh.

Waktu majlis kenduri kendara aje selalunya dapat peluang nak berjumpa.


Majlis Aqiqah Nur Naura Medina. 

Moga menjadi anak solehah buat ibu ayah ye.


Kambing golek menjadi rebutan tetamu.
Aku makanlah juga buat syarat sebab abam joki tu bagi.
Buat ghaso-ghaso kata bebudak sekarang hehehe
Tak berani makan banyak sebab risau orang lain tak dapat nanti =P



Selesai je sesi makan-makan dan jejak kasih borak sesama sedara,
aku dan mak meninggalkan majlis dan siap dapat bungkusan dari tuan rumah.
Hanya aku dan mak aje yang pergi majlis aqiqah ni,
sebab ada satu lagi majlis kenduri sepupu sebelah abah aku.
Jadi kami ambil keputusan untuk bahagi dua.

Aku dan Mak -- pergi kenduri sepupu mak.
Adik dan Abah -- pergi kenduri sepupu abah.

Yelah nanti risau ada yang bermasam muka pula
kalau majlis ni kita pergi, majlis sana tak pergi.
Di sana menanti, di sini menunggu.

Balik je dari kenduri aqiqah tu,
Mak ajak kopi-kopi dulu minum petang.

Pastu teringat ada isi free redeem coffee dari Secret Recipe.
Alang-alang Mak ajak kopi-kopi,
jadi teruslah tebus.

Haritu masa isi tu ada promo sempena octofest.
Cubalah engkorang isi mana tahu ada terselit rezeki.
Pada yang minum kopi tu boleh cuba klik sini 


Dannnn ada yang bertanya macam mana cara
yang tu engkorang boleh cuba klik sini

Kita cuba isi aje, dapat tak dapat belakang kira hehehe

Orang Jahat Tak Semestinya...

28 October 10 Comments

 


Ada muslimah tu. 

Dia berjilbab. Dia cantik.

Sejuk mata memandang.

Usrah dan majlis agama tak pernah tinggal.



Tapi, memandang rendah pada orang yang kurang ilmu agama.

Memandang rendah melihat ukhti yang tak tutup aurat dengan sempurna.

Memutuskan ukhwah dengan sahabat yang tidak berpakaian sepertinya.

Usahlah begitu.

Siapa pun kita,

Jangan terlalu yakin kita akan ke syurga

Dan melayan mereka seolah-olah mereka akan ke neraka.

Muhasabah diri.

Kita tak berhak untuk itu.

Ingat! Orang jahat tak semesti selamanya jahat.

Awal setiap orang berbeza,

Apatah lagi pengakhiran.

Bukan kita untuk menilai.


Sumber : Facebook Liena 


Organik Baja Subur

27 October 15 Comments

 


Petang semalam masa dah selesai tugas hakiki,

aku,Nana dan Fida teman hantarkan Kak Izah balik rumah.

Sebab kereta Kak Izah 'demam' kena tahan di 'wad'.

Awalnya, Kak Izah taknak kami tolong hantar dia dan nak naik grab aje.

Tapi kami degil nak juga tolong hantar sebab memang nak balik laluan yang sama.


Pujuk-pujuk akhirnya Kak Izah terpaksa akur.

Bila sampai je rumah Kak Izah, anak dia si Mika sambut depan pintu.


Mika cakap : "Ibu pokok bunga ibu dah gemok dah!"


Penghibur hati betul si Mika ni.

Nana yang kepochi tak lepas peluang terus tanya pokok bunga apa yang gemok tu!

Kak Izah ajak kami masuk tengok dannnnn tadaaaaa! 

Gemok berkilat cantik helok daun-daun bunga termasuk pokok keladi idaman qalbu!

Terus bodek tanya Kak Izah guna baja apa.

Rupanya dah 4 bulan Kak Izah cuba guna baja paksa gemuk ni.

Patutlah gemuk subur semua pokok bunga dan sayuran yang dia tanam.

Aku nekad nak kena belikan juga untuk bagi pada mak di kampung.

Biar gemuk semua segala pokok bunga, sayuran, pokok buah kat kampung.

Makkkkk! Tunggu kepulangan anakmu membawa baja paksa gemok! =P






Omega Plus Dark Choc

26 October 13 Comments

 


Aku sejenis yang tak boleh minum air jenis susu putih ni.
Bila aku minum tak sampai beberapa saat mesti termuntah.
Aku tak pastilah ada masalah lactose intolerant ke atau apa tapi,
semenjak dulu kala lagi memang aku tak boleh telan susu.
Aku ada pernah buat eksperimen beberapa flavor susu dan
beberapa jenama berbeza terhadap penerimaan tekak aku ni.
Dan memang terbukti tekak aku tak boleh menelan semua jenis minuman susu putih.




Susu putih je yang tekak aku tak boleh telan.
Bila aku cuba susu perasa coklat,
Ehhhhhhh helokkkkk takda termuntah! 

Adakah tekak aku mengada-ngada?
Entah yang tu aku taknak peduli.
Tak sia-sia aku cuba isi survey di laman web Nestle (beberapa bulan lepas)
Dan rupanya aku terpilih antara beratus orang yang menerima Omega Plus ni.

Rasa dia sedap di tekak aku. 
Dann dia merendahkan kolestrol.
Dannn tekak aku boleh menerimanya tanpa uwekk uwekk! 
Another achivement unlocked! Yeayyyy!

*Ini bukan review berbayar. Dapat free je mende ni sebab aku jawab survey kat website Nestle

Ora Perlu Janji...

25 October 12 Comments

 


Ora perlu janji sehidup semati, sing penting iso bertahan sampek mati. 

Jangan terkejut pulak. Itu bukan jampi mantera ye. Itu bahasa Jawa hehehe


Bahasa Jawa tu caption sempena pernikahan pelakon muda Sweet Qismina dan Adam Lee.

Terbaca je status tu terus teringat Wak Lat hehehe


Dan ada yang balas pula pada status tu berbunyi macam ni :


"Selamet Sweet/Adam. Mugo-mugo dhadi keluargo sing samawa.

Dongaku gek cepet diparingi momongan aminnn"


Haaa! Status awal tu boleh agak lagi maksudnya,

tapi ayat balasan tu kurang boleh nak teka dah eheee

Ataupun mungkin mendoakan moga cepat dapat baby? 

Kena guna talian hayat Wak Lat! 

Bantuin Wakkkkk! ehehehe

OKU Tapi Semangat Tinggi

24 October 13 Comments

 


Demi kelangsungan hidup, seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) gigih mendalami ilmu cara membuat donat di YouTube sebelum menjaja kuihnya itu di kawasan rekreasi  Padang Polo,Ipoh Perak bagi membantu menjana pendapatan keluarga.

Zaitun Ibrahim, 35, menghabiskan masa hampir lebih lapan bulan di platform YouTube bagi memastikan adunan kuih donat yang dihasilkan itu gebu dan lembut selain beliau kini sudah mampu meraih kira-kira RM100 sehari, hasil daripada jualan donat.



Menurut Zaitun dek kerana yuran kelas memasak yang agak tinggi, beliau yang diuji dengan kudung kedua-dua belah kaki dan tangan kiri sejak lahir akibat demam panas, telah memanfaatkan platform media sosial itu sebagai ‘guru’ serta panduan untuk beliau membuat kuih donat yang sedap.

Kelibat Zaitun yang menggunakan kerusi roda dengan disorong oleh suaminya Haizul Yit, 45, akan mula kelihatan di Padang Polo berkenaan seawal pukul 5 petang untuk menjaja kuih donat yang jual dengan harga RM5 bagi setiap set 3 biji donat yang mempunyai pelbagai perisa seperti strawberi, coklat dan pisang.

Sumber :  Zulfadhli Zulkarnain | BERNAMA


Selalu malu sendiri dengan golongan seperti mereka,

sebab semangat mereka tinggi lebih dari kita yang konon sempurna.


Octopus Comel!

22 October 8 Comments

 



Harini Nana dan Kak Izah awal pagi lagi dah roger gegar group whatsapp.

Di ofis masih panas lagi dengan issue yang menimpa Cikgu Fadli.

Nana macam biasa memang jenis mulut cakap lepas.

Mujur ada Kak Izah tolong sabarkan.

Kalau tidak terbang kuih depan mata untuk sarapan tu.

Selesai sarapan masing-masing fokus dengan kerja.

Masuk waktu lunch, Kak Izah roger lagi sekali.

Tapi bukan setakat ajak lunch sama-sama,

ada sesuatu yang misteriiiiiii dia nak kongsi.

Aku dengan Nana berteka-teki apa benda lah yang Kak Izah nak kongsi tu.






Rupa-rupanya tadaaaaaaa! Kak Izah belikan binatang comel ni!

Kak Izah memang selalu memahami.

Si Nana memang elok sangat dapat benda ni.

Bila agak rasa nak marahhh atau bengangg atau sakit hati ke,

haaaa picittttttttt je binatang comel ni dan bayangkan itu adalah muka 

orang yang engkorang marah tu kehkehkehkeh

Kak Izah belikan sorang sekor : octopus comel - rabbit - ikan buntal berduri 

Aku mestilah octopus sebab comel! 

Terima kasih Kak Izah, moga murah rezeki selalu ehehehehe


Orang Ye.Bukan Orang-Orang!

21 October 9 Comments

 


Tengah panas berkenaan isu Cikgu Fadli. Walaupun aku takda anak sekolah, 

tapi tetap ada anak saudara dan sepupu sepapat yang sekolah.

Tetap dah lama perlu berhadapan dengan isu soalan KBAT dan juga

isu beg sekolah berat dan lain-lain isu lagi.

Dan bukan Cikgu Fadli je yang baru bersuara berkenaan hal ni,

dah ramai juga yang bersuara tapi kebanyakannya mesti terus diam.

*************************

Amboii KPM, nak buang orang kerja pulak ya.

Macam ni, ada benda lagi penting yang KPM patut kena buat

daripada kalut nak buang cikgu kerja, ni aku senaraikan:

1. Jangan bebankan cikgu seluruh Malaysia dengan kerja kerja admin

yang memenatkan dan tak ada kena mengena

dengan silibus pelajaran budak budak.

2. Jangan harap cikgu je nak kena keluar duit sendiri

beli benda benda yang sepatutnya sekolah dan KPM patut sediakan.

3. Jangan nak harap ke cikgu nak fikir cari duit

untuk kelangsungan pengurusan sekolah dan kemenjadian budak budak.

Ini tidak, nak beli kompiter sekolah pun sampai kena buat

8 kali setahun lawatan sambil belajar, punya la nak cari duit.

Nak bawa budak wakil negeri pun sampai kena kutip dana awam. Gila!


Fokus cikgu ni mendidik anak murid ke atau nak kena fokus cari duit untuk sekolah?

4. Laki kena mengajar kat empangan Bakun, bini pulak mengajar kat Kodiang.

Dah minta tukar nak duduk dekat sampai 4-5 tahun tak dapat.

Aku tak faham macam mana la cikgu nak fokus mendidik

(fokus cari duit dan fokus juga jadi eksekutif pengurusan),

kalau fikiran dan jiwa dia tak tenteram ingat laki/bini/anak duduk jauh?


Macam mana nak lahirkan umat sejahtera kalau cikgu yang
mengajar pun tak ada perasaan sejahtera dok teringat anak bini?

Diorang ni cikgu, bukannya pasukan ATM yang memang kita tahu

kerjanya sentiasa di perbatasan.

Latihan mereka berbeza, persedian mental fizikal mereka berbeza.

5. Bila jadi benda benda macam tu, kau ingat cikgu cikgu tak efek ke moral depa?

Cikgu cikgu ni orang, bukan orang orang.

Jadi tak hairan lah cikgu cikgu tak bersemangat,

cikgu cikgu pakat meniaga tudung, cikgu cikgu meniaga kek.


KPM dan JPN ni kena tingkatkan fokus untuk selesai hal
hal tu dulu, bukan bila jadi apa apa isu baru melompat, kemudian hukum cikgu.
Tak cukup lagi, keluar pulak arahan-suruh-jangan itu ini.

Masalah yang lagi besar tak ada solusi jugak.

"Tak suka jadi cikgu, berhenti je lah!"

Amboii senangnya.

Ni bukan masalah cikgu tu kena fikir nak berhenti ke tidak.

Kalau suasana kerja tu elok, best, ada kepuasan bekerja,

tak kan timbul soal berhenti berhenti ni.

Sediakan suasana dan keperluan cikgu yang sepatutnya,
jangan tekan depa dengan bebanan yang menggila yang merepek repek.

Cikgu ni pendidik yang perlu dihormati, bukan kuli batak senang senang kita nak buli.

Sumber : Fdaus Ahmad


Di semua jabatan pun wujud jenis yang tak boleh kita bersuara ni.

Bila bersuara je, walaupun untuk kebenaran akhirnya hermmmm.

Moga dipermudahkan segala urusan pihak yang benar.


Order Tak Pernah Surut

20 October 14 Comments

 


Kisahnya lepas dah selamat tiba ke rumah setelah bertungkus-lumus 
selesaikan segala urusan berkaitan kereta kami yang terpusing atas highway tu.

Datang si Kak Yah -- jiran yang selalu rajin berkongsi rezeki.
Kak Yah rajin open order pelbagai jenis kuih dan masakan lain.
Petang tu Kak Yah ada menyiapkan oderan sebanyak 100 biji karipap.
Tapi bukan karipap biasa yang inti kentang atau sardin tu.

KARIPAP INTI IKAN ISTIMEWA DARI TERENGGANU


Karipap inti ikan hasil air tangan Kak Yah memang laku keras.
Acuannya berbentuk tiga segi berbeza daripada yang biasa tu.
Rasa inti karipap ikan ni yang buatkan dia berbeza sebab
guna ikan rebus dicampur dengan halba, santan, kelapa parut.
Sambil siapkan oderan 100 biji petang tu sempat juga 
Kak Yah kongsi 10 biji karipap inti ikan dengan kami.
Moga murah rezeki Kak Yah sekeluarga.


Ohhhh Bukan Kami Je Terkena!

19 October 14 Comments

 


Masih dup dap dup dap jantung teringat kereta kami terpusing tengah highway!  

Syukur Alhamdulillah kami sekeluarga selamat takda cedera apa-apa.

Rupa-rupanya bukan kami je yang terkena kejadian macam tu!




Ramai yang terkena nasib yang macam kami malah lagi teruk.
Sampai ada yang sportrim terbelah dua! 
Syukur Alhamdulillah kami hanya tayar pecah dua-dua sebelah pemandu.


Dah check kedua-dua tayar takda kesan tersagat apa-apa.
Dan tayar masih baru sebab baru tukar masa bulan Mei haritu.
Walaupun sportrim tak koyak tapi rasa 'terkoyak' juga poket.
Ambil langkah keselamatan, tukar EMPAT BIJI TAYAR terus.

Okay makan sayur je sampai hujung bulan T____T