Showing posts with label kisah benar nih. Show all posts
Showing posts with label kisah benar nih. Show all posts

kenapa kubur wanita digali sedalam 7 kaki

15 April 24 Comments




Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Naktanya apa?


Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kuburnya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.
Suami : *Hanya tersenyum*

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana InsyaAlLah, AlLah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak 


subhanallah T______T








Cinta Sayang Resort | Part 5

10 April 4 Comments
tak habes lagi cite pasal kursus kamiorang 3-8 april baru-baru ni.. banyak benda baru yang kamiorang dapat belajar dari kursus ni.. alhamdulillah semua berjaya diserap dengan jayanya.. guwa dengan partner guwa (cik ida) pon dah back in action..hiyakkkk~ =P

flashback sikit sepanjang kursus tu berlangsung.. first day sampai tu dimulakan dengan majlis perasmian.. ada taklimat Projek USP by Jabatan USP SKMM.. and mase tu jugaklah pihak SKMM(suruhanjaya komunikasi &multimedia malaysia) kasi basuh staff yang kurang perform based on data report yang dah dihantar pada diorang.. fuhhhhh mase tu jantung ni bedegup punyela kencang.. bile tengok pegawai SKMM tu tanye kenapa bleh jadi camni?kenape site lain bleh je perform?? u oll tak buat kje ea?? perhhhh gile kentang nervessss habaq hang! 

tapi dalam nerves² tu ade gak gud news nye.. Pusat Jalurlebar Komuniti(PJK) atau Communities Broadband Center(CBC) under guwa dengan cik ida berjaya mempertahankan award pencapaian Key Performance Index(KPI) tahun lepas.. tahun lepas PJK kamiorang dapat KPI terbaik 2010 punye.. and untuk kursus kali ni kamiorang dapat KPI terbaik untuk tahun 2011.. alhamdulillah.. tak sia² berkat bersengkang mata kamiorang selama ini..ececeh macamla menang award ABPBH sangat =P

marks & spencer set  +  voucher  KFC/pizza

guwa amat berterimakasih pada penduduk felda tempat guwa ni gak sebab tak henti² bagi sokongan dan sudi datang training class.. bleh la mantapkan lagi pasni..hehe

amacam? bleh jadi arkitek dak guwa??? kehkehkeh

dalam kursus tu jugak kamiorang diajar 1 modul baru iaitu "google sketchup"..  sketchup ni die ala² autoCad gak la.. tapi guwa rase die tak seComplicated autoCad tu.. sebab kamiorang bleh cope modul tu within 2hours training... so tu buktinye la sketchup ni mudah je kan?kan? guwa dah macam addicted plak dok hadap sketchup nih.. terima kasih en.faidhan(paan) introduce modul ni.. guwa rase  pasni ramai kot yang berebut nak datang training class untuk modul ni.. maklumle eksaited nak jadi ala² arkitek..kehkehkeh


and malam last tu kamiorang ade BBQ nite yang diorganize by our Consultant Team iaitu Warisan Global (WG) dengan temanye black+pink.. 
niza & miza bersama awardnye

miza | best dress

its a gurls nite bebehhh =P

hape lagi memang gurls tak kasi chance la.. pakat melaram semua malam tu.. and the best dress goes to hasmiza..setel je melantak makanan yang ade, kamiorang pon proceed karok! jyeahhhhh~ lelaki rilek je la pakat test vokal individu... kami yang gurls ni karok secara berjemaah... hahahaha




Cinta Sayang Resort | Part 4

07 April 13 Comments

ini semalam punya cerita.. pagi membawak ke tengah hari kamiorang macam biasalah berKURUS berkursus... jenuh telan segala info.. slotnye plak part technical training.. members lelaki memang pakat tererla.. yang member pompuan ni pepahamla..kehkehkeh~ 

masuk je scene petang ada sesi riadah.. so semalam kamiorang ada aktivti archery (memanah) kat site memanah dalam resort cinta sayang nih.. guwa dengan semua team members guwa pon hape lagi memasing tak kasi chance la kan.. bayar pulak sorang seploh hengget je.. semua pakat first timer nih nak shoot panah.. bila setel je instructor memanah tu kasi briefing & demo semua, kamiorang pon amekla posisi memasing.. pakat nak jadi robinson robin hood la konon..kehkehkeh


ececece kemain lagi budak nih..hahaha

ni la name die senjata makan tuan :'(



dapatla buat shoot sorang limabelas kali.. ok lettew kan bayar seploh hengget.. tapi guwa punye tangan kiri ni makin parah plak rase.. nak bengkokkan perhhhh azab rasenye... ni pon sipbek dah tuam dengan ais.. ada sikit kurangla itu sakit.. adeh~



*nanti guwa balas dendam jejak balas p rumah lu orang semua.. guwa janji cube =P

Cinta Sayang Resort | Part 3

06 April 9 Comments


gile kamera team nih =P

tup tup dah hari ke keempat kamiorang berkursus kt resort cinta sayang Sg Petani ni.. macam-macam modul gak yang kamiorang kene absorb.. berdesup kena telan semua.. penuh gak dah ilmu kat kepala ni.. tunggu masa je lagi kamiorang nak bawak balik ilmu tu semua untuk kamiorang share dengan orang kampung... kehkehkeh~



semalam kamiorang ada slot dengan En.Osman Bin Affan - Pakar Motivasi dari Team Smart Study yang femes tu..menggunung terus semangat! fuhhhhh~ =P


Cinta Sayang Resort | Part 2

04 April 8 Comments

alhamdulillah kamiorang sampai kat resort ni dalam pukul 5 petang.. sebab konvoi reramai so takleh nak lelaju la.. biar lah lambat takpe asalkan selamat kan? hehehe... masa sampai je kamiorang pon check in la bilik.. plan asalnya 1 bilik 2 orang.. bila dah bayar & kunci pon dibagi, kamiorang pon pakat drive la p cari blok bilik masing-masing.. turun je keta dengan dah angkut beg+luggage smua siap, mai pulak dah sorang akak kaunter nih panggil.. dia kata sorry sebab bilik yang kami dapat tu semua belom setel kemas lagi.. ha part ni dah buat guwa menyirap dah.. dah la kita ni mai tadi bukan amek masa sejam dua.. naik kematu pungkoq.. ingtkan dah buleh la nak landing atas katil ka apa.. tetiba bila dah dapat kunci, dia bleh kata takleh masuk plak.. dia bagi plak kunci bilik lain.. jenuh plak berangkut segala beg yang ada.. ok fine~

kamiorang pon diminta untuk stay malam yang pertama ni kat Sky Apartment-1 penthouse 4 orang la kami.. guwa, cik ida, shue dengan rihan skali.. sipbek dapat bilik cun gila view dia.. selesa pon selesa.. sejuk gak la hati walaupon mula tadi rasa nak maki je dah.. hahahaha


gadis-gadis berCHECK IN




ni plak dalam apartment kamiorang.. hall dia+bilik mandi+master bedroom+meja makan+ruang dapur untuk masak+washing machine skali wo! tak rugi gak la kamiorang kena stay sini.. dan gak la rasmikan segala benda yang ada.. maklumla nanti kena pindah bilik dah.. sebab company dah booking bilik lain..cissss nak kena berangkut lagi..huh penat~

pagi ni start slot pertama---janganla guwa ngantok..huwaarrghhhhh *nguap* =P



Cinta Sayang Resort | Part I

03 April 15 Comments

macam kat entry guwa sebelom ni.. guwa dengan team kerja guwa iaitu P1 Team dijadualkan start kursus pembangunan fasa 3 on 3 hingga 8 april.. start harini sampai ahad nanti kat cinta sayang resort Sg Petani Kedah.. dapat tau je kena kat area SP hape lagi, memang senyum panjang le partner guwa--cik ida sebab tunangnye memang orang sane.. kebetolan pulak tunangnye pon tengah annual leave skang nih and ade kat sana.. wahhhh3 cik ida bleh curik-curik p dating la nanti ea??? hehehe


skang ni guwa dengan P1 Team on the way ke sana.. dari sini kamiorang 14 orang and kamiorang  share kereta je.. guwa dengan 3 orang member naik 1 kete.. cik ida bawak lagi 3 orang.. and ada lagi 2 kete.. so kamiorang gerak konvoi 4 kete la dari perak ni ke kedah.. kat sana nanti ada lagi 3 kete.. semoga kamiorang selamat sampai ke Cinta Sayang Resort nanti =)


saya tidak bertudung..bila nak pakai?

02 April 20 Comments


pinjam dari Butik Qoma





Soalan:

Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?


Ustaz Azhar Idrus:
Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.

Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?
Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut :)       




nota kecik : BERTUDUNG itu lebih sopan & cantik je sebenarnye =)


   

jeruk bawaku pergi demo anti PTPTN

01 April 11 Comments
fuhhhh~ dah masuk april! guwa ditinggalkan bekerja sesorang sebab partner guwa (cik ida) p kursus di SKMM Penang start 26 sampai 29 mac aritu.. finally cik ida dah balik.. and part yang bestnye sebab kepulangan cik ida bukan dengan tangan kosong.. beliau tak lupa kat guwa ni.. guwa dapat souvinier dari penang-jeruk! Trime kaseh cik ida!!! i lap u lah ceni!!!! wohooooo~


tak sempat nak kuarkan dari plastik dah habes guwa bedal =P

itu part jeruk.. now part "bawaku pergi".. dah diharamkan ea lagu tu?? sebabnye??? based on rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah...

sumber :  gua.com.my


tapi ramai je yang respon cakap tulis takde kene mengena pon lirik lagu ni dengan kes remaja nak lari dari rumah ke hape.. takyah tunggu lirik lagu pon kalo dorang nak lari.. kalo ada berita pasal kes lari rumah pon takde plak tulis penyebabnye :  "terpengaruh dengan lirik lagu" <--releven gak kan? mungkin ini kot yang worang kate marahkan nyamuk, pigi bakar itu kelambu =P    lu orang remaja rase????


and now part  "demo anti PTPTN"... pasal hutang pon nak kecoh gak ke? siap nak buat demonstrasi bagai.. dah hutang,pandaila bayar.. semua benda nak free.. masa nak hutang taknak pikir,bila dah time kena bayar, macam-macam alasan plak.. orang len rilek je bayar.. kalo nak free, mintak bapak sendiri buat Universiti arrr bro! 

"Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang."Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya."

sumber : demo anti-PTPTN

guwa setuju dengan satu komen reply nih :  

"...aku baru selesai bayar PTPTN. charge..3%. Satu sen tak boleh discount. Ujrah, aku tak layan. 8 tahun bayar. Adilkah jika kalian sume berhutang dan kemudiannya mahu tuntut lupus. Bukan soal politik atau soal kerajaan, soalnya kamu berhutang. Lepas grad dengan bangga kamu memiliki kereta baru, isteri anggun, apartment moden... lagi hutang belajar mau lari. Ada maruah tak? Kalu ada maruah, bertindaklah sebagai seorang muslim yang bermaruah. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut... Tanyalah ustaz."




komen yang ni pon guwa setuju :


"Orang nak ke universiti, engkau pun nak ke universiti. Orang dapat biasiswa, engkau pinjam daripada PTPTN. Orang berbiasiswa dapat ijazah tak payah bayar kos pengajian, engkau yang pinjam daripada PTPTN iri hati.Ni lah perangai orang kita - tak boleh tengok orang lain lebih sikit.Pinjam duit nak belajar, pasal kemudian hari, engkau nak hidup senang, bukan? Kalau tak sanggup bayar, kenapa engkau pergi pinjam duit kerajaan?Nak beli rumah, pinjam duit bank, bukan? Adake masuk akal, bila dah dapat rumah, engkau tak nak bayar balik duit bank?Dah banyak dah kerajaan beri benda free-free. Sudah-sudahlah tu. Jangan menagih subsidi kerajaan memanjang..."

banyak lagi komen balas yang ada.. guwa bukan anti mana-mana pihak.. guwa jugak bukan penyokong tegar mana-mana pihak..tapi akal allah bagi,tolongla guna sebaik-baiknya.. jangan sampai gelap bijik mata sebab harta dunia.. orang lain pon ramai je susah + kena bayar hutang tapi hidup aman je.. rilek je bayar.. pandai hutang,mau pandai bayar balik arrr.. lu yang cari tempat nak p pinjam, lu yang sign agreement, lu sendiri bayar la bro!  




guwa pon pinjam PTPTN..guwa tak pernah joli pon sepanjang guwa study sebab guwa tau guwa bkn dari family senang.. duit PTPTN tu je la cukup² untuk guwa makan+minum+belanja masa kat Uni.. guwa tak gamak nak mintak kat mak abah guwa kat kampung.. takde istilah nak beli henpon baru / shopping baju+kasut+baju baru / tengok wayang macam student²  kaya yang lain.. sendiri dah buat pinjaman, sendiri bayar arrr.. semua nak free, untung arrrr! apsal nak buat muka toye plak nak buat demonstrasi bagai.. jadah hape???



gila seks?

27 March 41 Comments

lu orang yang pergi keje naik tren mesti skang tengah paranoid pasal sorang brader ni yang dikatakan gila seks dan masih lagi bebas berlegar-legar mencari mangsanya...muahahahahaha *gelak jahat gila*
dah dua orang member blogger guwa share pasal bende nih.. 

brader hensem nih la

ini suspek yang disyaki melakukan perbuatan terkutuk tersebut.. perhhh! dah macam ayat pembaca berita plak guwa.. brader ni dikatakan menggeselkan punggungnye pada wanita-wanita yang berdiri dalam kesesakan manusia dalam tren.. masa orang tengah sesak-sesak tu la dia wat keje.. ape jadah die dok gesel punggung kat wanita-wanita?? haiyo tanye lagi ke?? 



Dlm tren dia buat keje tu…dia mmg bergesel dgn bdk pompuan ni dr KL sentral smpai la stesen sg buloh…bayang kan la dlm tren tu betapa ramai org mmg x leh nk ckp la..sampai je stesen sg buloh kami (saya ngan akak sorg ni) perasan yg kat seluar dia basah…saya pun trun n cari budak pompuan td nk tanye ape tejadi kat dia….bdk ni cite yg mmg dia ada rase ‘something; kat punggung dia…tp dia x tau ape bendenye…mmg saya tgk kat seluar bdk tu pun ada kesan “air’dia …mmg kurang ajar org ni…dgn muka puas dia tersenyum mase kluar dr tren…saya ada buat laporan kat KTM staff tp diorg ckp dia x de kuase nak tangkap…hampeh betul…kalu ikutkan smlm dah tertangkap dia ni…masalahnye time tu x de plak polis kat sg buloh station…


guwa amek dari blog iMbobo.. ha tengok! tak ke macam haremm perangainye tuh??? tapi sorang member blogger guwa ni dah ade satu cara camne nak solve problem yang macam haremmm nih.. 


jeng..jeng...jeng~ memperkenalkan produk kreatif hasil ciptaan shawn!!! punggung anti gesel!!!! *name komersial habes dah nih*





selamat sikit kot kalo gadis-gadis semasa di luar sana yang p keje balik keje naik tren.. sure lu orang berminat kan nak beli??? jangan malu jangan segan.. produk ni macam limited edition je guwa tengok.. kalo nak info lebih try la p tanye kat  shawn sendiri... sure die tak kedekut taik idong masin punye nak share dengan lu orang.. 
eh takde..guwa takde dapat pape komisen pon tolong promote bende nih.. betol takde! tengok muke suci guwa ni *wink-wink*


*sory shawn,guwa pinjam gambar produk lu..guwa nak lukis konfem tak jadi langsung..kehkehkeh





nota kecik : blogdrama guwa (airmata lelaki) tu dah masuk part three.. guwa macam bermalas-malasan pulak nak sambung.. tapi dah aura2 tak puas hati je kalo guwa biarkan kisah nazmi & lia tergantung tak bertali gitu.. nantilah guwa sambung =P





berus daripada bulu babi

22 March 29 Comments





baru setel tengok ejen halal kat tv al-hijrah.. pengacara dia Muniff Isa.. pelakon drama BFF TV3 aritu.. rupanya muniff ni anak   Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Isa Dr Md Sabu.. gugel punya gugel, rupanya dia penah bawak watak Botak Chin terbitan Astro Prima sebab dia  boleh berbahasa Mandarin dan Hokkien...dahsyat dia ni rupanya..hensem pun hensem..kehkehkeh
berbalik pada siri ejen halal.. guwa baru je sedar kewujudan rancangan tu..rupanya dah start lama ade.. last week ejen halal selongkar pasal pinggan mangkuk yang ada sumber dari tulang babi dan juga bahan bahaya Melamin.. kandungan melamin tu bahaya pada kesihatan..tapi ramai yang kurang peka.. 
minggu ni pulak pasal berus dari sumber bulu babi.. banyak info dalam ejen halal ni bagi.. maklumlah BERUS ni bukan saje orang guna untuk berus cat malah dalam kosmetik pun ade.. dalam bidang makanan pun tak kurang gak.. kita yang islam ni sedap² la guna berus tu.. pada hal tah² kat berus tu ada sumber bulu babi..huh~
macam kat pasar² malam kan,ade orang jual apam balik atau pun jagung bakar.. sapu majerin guna berus.. tak tahulah berus tu dari sumber halal atau tak.. so same² la beringat.. 



Ciri-ciri bulu BABI : 
  • Bulu yang rimbun dihujungnya (senang cerita, bulu BABI ni bercabang dihujungnya).
  • Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
  • Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
  • Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Bulu BABI ni dipanggil dalam B. Inggeris ‘hog bristles, boar bristles, and pig bristle



 sumber : lukisanduniaku


lawak ke der dan youtube

21 March 8 Comments


harith iskandar.bukan nama baru dalam comedian.. masa dia dengan afdlin dalam AH-HA dulu guwa antara penonton tegar siri komedi tu.. and bila harith come up masa LAWAK KE DER kat istana budaya aritu, memang tak rugi lah kot sape yang beli tiket.. guwa? owhh guwa ofkos la tak pegi.. tengok kat astro??? jangan tanye.. rumah guwa ni abah guwa banned astro..

"dulu masa zaman guna tv kena ada lesen tv, kalut pakat sorok tv bila dapat tau ada pegawai yg akan datang check.. skang ni bila dah takyah guna lesen tv,gatai p bayar mahai watpe lagi.. hampa nak,hampa boh la..abah takmau.. " 

selambe je abah guwa bagi.. kehkehkeh

guwa berterima kasih pada sape yang rajin  upload video kat youtube.. so dapatlah jugak insan-insan yang takde astro macam guwa ni tengok kat youtube je acara-acara berprestij gittew kan.. part jozan dengan achai + mail lambong memang takyah kata ape lah.. sampai dorang sendiri bleh gelak atas stage live..hahaha
part harith pon stylo.. rilek je die buat lawak in english.. sempoi arrr harith! and ape yang die cakap pasal malaysian VS singaporian tu memang betol pon.. perangai malaysian memang camtu =P
tapi rasenye lawak ke der tu dah banyak yang kene remove kat youtube.. sipbek guwa sempat donload dah aritu.. bleh gak layann sampai pecah perut =P


national blue ocean strategy dan cuti sekolah

17 March 33 Comments
last update 3 mac.. sekarang sudah berapa mac daaaa.. bizi gila guwa.. perhhh!  sebelum kata² guwa teruskan, terima kasih guwa ucapkan pada kauorang yang singgah blog guwa ni.. walaupon guwa takde update terbaru, kauorang rajin gak TERsinggah sini.. terima kaseh..hehe

cik ida dengan Tshirt free yang kamiorang dapat..
terus sarung je.. nak test..kehkehkeh =P


start awal mac aritu guwa dengan partner guwa (cik ida) bizi sikit.. maklumla, ofis kamiorang tak henti ²  menerima kunjungan tetamu.. 2-4 mac aritu ada program dengan student dari USM(University Ambassador Programme) under National Blue Ocean Strategy 5.. program iCT village namenye.. so disebabkan program tu base on IT, so dengan rasminyalah guwa dengan cik ida terlibat sama.. kami sebagai penyedia tempat ICT untuk melancarkan lagi program tu lah..3 hari program tu berlangsung.. alah macam program baktisiswa lah.. sape yang student Uni tu konfem tau je =P  

*terima kaseh pd pihak USM + SKMM wilayah utara

setel je program tu, guwa dengan cik ida proceed pulak dengan program cuti sekolah (PCS) edisi mac.. PCS ni salah satu job scope kamiorang.. wajib ada program PCS on every school holidays in a way to make sure adik-adik yang bercuti tu tak cuti semata-mata..  kamiorang ni kan kerja dalam kampung (felda) so bila ada PCS ni at least adik-adik dalam felda kamiorang ni takde la terkapai-kapai kelemasan takde bende nak buat.. program kamiorang ni ala-ala School Attack versi dalam felda la..kehkehkeh *bajet la kaw ana! =P

seminggu gak guwa dengan cik ida perah otak untuk setelkan PCS edisi mac kali ni.. target group kamiorang kali ni pon cuma fokus pada umur 13-17 je.. sebabnye sebelum² ni kami aim dari sekolah rendah sampai menengah.. tapi kali ni kamiorang amek yang menengah saje.. besor² sikit budaknye.. akhir zaman ni saiz manusia pon semakin kecik kan? eventho adik² umur 13/14 tahun tapi saiz badan kecik je.. macam sekolah rendah je saiznye..

so start dari 14-16 mac tu memang pack la program.. dari pagi sampai ke petang.. malam pulak memang pengsan la.. tercium je bau malam, masuk je isyak terus dengan jayanya guwa tunaikan kewajipan.. pastu terus zZZZZZ..kehkehkeh... 
PCS edisi mac  pon dah setel dengan jayanya semalam.. alhamdulillah dah selesai program setakat minggu kedua mac ni.. heading towards our next project pulak pasni.. tu pon kena setelkan sebelum cik ida kena p kursus on 26-29 mac ni.. guwa bakal ditinggalkan sendirian selama 4 hari.. uwawawa cik ida pliss la jangan pergi tinggalkan sahabatmu ini!!! *ngengade pulak kaw nih ana =P



*terima kaseh tak terhingga kepada :
-adik² yang sudi melibatkan diri
-pihak pengurusan Felda yang sudi hadir
-shue aida (felt craft workshop)
-achik bern (sponsor goodies bag)
-of kos tak lupa partner guwa : cik ida =P


nota kecil : terima kaseh jugak pada boni JLL3 sebab perasan yang guwa lama tak hapdet..hehe
aktiviti terjah balas bermula..hiyakkk! =P

ape celop tu sebenarnye lucah???

08 March 48 Comments
errrrr korang....korang.... kalo korang selalu singgah kat blog kitew ni, korang dah tau yang sebelum-sebelum ni kitew selalu gune GUWA je kan? kan? tapi kan korang... semenjak ade cite ape celop yang kat TB3 tu kan, kitew asyikasyikasyik nak gune perkataan KITEW je tau.. pastu kan korang... mak dengan abah kitew pon suke sangat tengok ape celop tu.. tambah-tambah plak bile tengok watak si sawi atau abang boboi (taiyudin) tu... maklumla watak sawi tu kan sopan santun, ramah tamah, berbudi pekerti , hormat orang tua, pandai jage tatasusila... semua sifat mahmudah lah kat die.. kan??? =P

mase cite tu belom keluar aritu, tiap kali kuar iklan promo die, mak dengan abah kitew macam rimas gile sebab sikit-sikit kuar dialog  "ape celoppppp!" tapi bile dah dok pulun tengok dari episod satu sampai episod tiga haritu jadi enjoy la plak.. tiap malam isnin mak kitew siap pesan kat aiman suruh remind bile ape celop tu dah start nanti.. sakan mak kitew dok tengok gelagat sawi dengan aman (kamal adli) tu.. gelak aje dari awal sampai habes.. kitew pon tompang sekaki la layannn.. kehkehkeh


TAPI kan korang.. sorry la sebab ade tapi pulak.. kitew ade gak terbace sebelum ni pasal dialog "ape celup" yang asalnye dari filem hantu bonceng arahan ahmad idham tu sebenarnye lucah.. errrrrr betol ke??? 

Apa celup adalah ‘what the fuck?’
Celup adalah kata ganti lain untuk perbuatan memasukkan ** zone 18sx bermula, berhati-hati ketika membaca ** cendawan ke dalam salur peranakan female sehingga berjumpa kedua-dua tempat potong. Ianya menggambarkan proses tumbuk sambal tetapi dalam keadaan basah seolah-olah ianya dicelup-celup…
Mengambil kesempatan ke atas kefemesan perkataan celup, si tokk guna skrip ‘apa celup’ iaitu mengalih bahasa ‘what the f***’ apabila dia terkejutan, kepelikan, kegampangan, dan sudah habis kata menggambarkan dirinya yang f***ed up…Tak logik kalau ditranslate secara direct ‘celup’ yg digunakan tookkk (aku lupa nama dia dan malas nak cari) gemuk tu kepada celup biskut dalam air, atau celup berus dalam dakwat atau kucing celup lidah ke dalam air susu. Tak logik. ‘Celup’ pada perkataan ‘apa celup itu adalah celup lain macam. Kalau Azwan ali suka ‘apa neraka’ untuk what the hell, si tookkk guna ‘apa celup’ untuk ‘what the fuck.’Dan Ahmad Idham membawa predikat kotor ini ke dalam filem, manjadikannya satu tabiat sebuah watak lantas disebut berulang-ulang kali adalah pada aku tidak wajar...


kitew dapat cerita tu dari sini dan agak kurang sesuailah cerite tu  untuk tontonan kanak-kanak kecil sebab dialog-dialognye boleh menjadi ikutan kanak-kanak.. maklumla budak kecik memang cepat belajar benda-benda gini.. tapi kite kurang pastila pasal frasa ape celop tu.. memang macam pelik je bunyi die kan? dari haritu lagi dah guwa  (dah terfamiliar plak gune guwa =P )  rase something je bile dengar frasa ape celop tu.. telinga ni rase macam tak kene je... kauorang rase cane?

gam kanji

06 March 20 Comments

ini bukan kisah zaman batu.. ini cerita kurang lebih 10 tahun dulu punya kisah..masa tu fesbuk takde lagi.. komputer yang ade pon yang jenis gedabak besar bontot die tu.. jangan mimpila nak dapat gune komputer zaman tu.. blog? jangan tanye.. yang ade pon blok pangsapuri je kot.. BLOGSPOT guwa memang tak kenal.. mase tu gam kanji ni femes.. harga die pon sekupang dah bleh dapat.. kalo sekarang ni budak-budak  nampak duit syiling sekupang (sepuluh sen) diorang buat tak nampak je.. 


kalo masa zaman skolah dulu.. budak lelaki memang nakal gila.. pantang bile cikgu takde dalam kelas je, diorang sesaje je maen gam kanji ni.. letak kat tapak tanganlah pastu mule la nak takotkan budak-budak pompuan yang suci murni ayu semua tu.. terjerit-jeritla budak-budak pompuan nih berlari sana sini sebab taknak kene dengan gam kanji tu.. guwa tak lari sebab budak lelaki tak berani kaco guwa.. kehkehkeh... sipbekla guwa tak nakal.. kalo tak, guwa dah tenyeh-tenyeh gam kanji tu kat budak-budak lelaki tu =P


ehem~ guwa tempek header baru..kalerful gila.. hahahaha
guwa usaha sendiri godek sana sini buat header camtu..
taktau la kalo yang comot camtu pon ada yang nak cedok gak.hahaha
ontheway blog marathon balas jejak kauorang ;)

copycat II + ulangtahun

03 March 19 Comments
mac dah muncul.. dah 3 hari dia datang.. kebizian guwa menjadi penghalang untuk guwa terjah rumah kauorang yang sudi singgah dan tinggal tapak kaki kat diary kecil guwa ni.. owh pasal entry sebelum ni yang copycat tu.. sebenarnye ade sorang hamba allah ni dia amek HEADER comot guwa tu.. amek kat sini maksud guwa bukan jenis amek sikit cho'et tu.. ini jenis amek sebijik-sebijik pastu tempek kat blog dia..pastu siap taruk link dia kat header kita punya tu.. yes betol semuanya milik ALLAH.. guwa pon bukan buat sendiri dudel 2 ekor tu.. itu freebies dari cik dil kerana manisnya epal.. guwa siap drop komen duabelas kali kat entry cik dil untuk mintak izin nak gune dudel die tu untuk tempek kat blog guwa ni.. 
pada guwa tak salah pon nak cedok.. ramai je yang cedok untuk share kebaikan dari mane-mane entry.. tapi cara CEDOKan tu perlu ada cara yang betol lah.. kot ye pon malas tahap gaban, janganla amek sebijik-sebijik.. kalo setakat nak copy entry pastu bubuh link sumber, tu tak jadi kesalahan pon.. at least orang tau kita cedok benda tu dari mana.. 
guwa bukan pendodoldudel yang terer.. tapi at least guwa bukan pencedok yang berjaya.. guwa dulu masa memula buat blog pon memang blur.. memang tak reti langsung bab-bab header footer ke ape jadah lagi istilah yang ade dalam blogging.. tapi at least guwa pelan-pelan belajar.. bukan maen cedok hentam keromo pastu bile tuan pemilik tu tegur, mintak maaf pon tak.. ade sivik la sikit.. jiwa memang perlu kental tapi kalo buat salah, say sorry tu adalah yang terbaek eventho MAAF tu kadangkala tak bleh nak ubah pape.. 

********************


eh guwa nak wish selamat ulangtahun kelahiran untuk sahabat blogger guwa ni sebenarnye.. tapi dah TERmerepek lebih pulak.. harini besday ayie.. alah owner blog ai3zarisha dot blogspot dot com.. ayie ni terer madah pujangga.. semua entry ayie memang puitis.. untuk ayie, selamat ulangtahun kelahiran.. semoga terus berjaya dalam kerjaya.. jangan lupa jemput cik ana ni kalo nak walimatulurus ye.. kehkehkeh


badminton punye pasal

23 February 12 Comments



"mana badminton hang man?" tanya abah aiman sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah.. 

"errrr..errr..hilang la abah.. mase kat sekolah tadi.."

"hilang??? cmne plak bleh hilang??", soal abah aiman.tinggi nada suaranya.

"errr..mase sesi last tadi,kami kena masuk perpustakaan..semua barang kena tinggal kat luar.. pastu bile keluar, aiman tengok badminton tu dah takde.." terketar-ketar aiman  menjawab..

"ha memang! memang semua barang dalam rumah ni abah beli untuk bagi senang orang lain! dulu dah abah kata beli yang sepuluh ringgit je tapi hang degil..nak jugak yang 5,6 puluh ringgit.. ha tengok skang sape yang untung??? depa tu takdak barang je, curi hak orang lain.. tak cukup barang motor je,rembat je kat motor orang.. tak bleh beli badminton, rembat je  badminton  orang lain.. memang dari dulu sampai sekarang semua harta dalam umah ni asyik kena curi je! lepas ni hang habaq kat cikgu hang, saya tak mau maen ape dah.. kalo dia tanya pasaipa, hang habaq je kat abah,nanti abah p jumpak dia!"  sedas je abah aiman bagi..

mak aiman yang tengah menjahit lutut seluar kebun abah, terdiam je.. kesian die tengok aiman baru balik sekolah, tak sempat letak beg pon lagi terus kena tengking camtu..

aiman letak beg.letak buku dan fail yang dipegang.tukar baju sekolah.. pastu terus mandi dan amek wudhuk untuk solat zohor.. mak hanya mampu diam dan terus menjahit…

abah aiman terus mulekan kuliah percuma tengah hari.. kesian aiman.. bukan salah aiman  badminton  tu hilang.. cikgu dia pon satu..ape lah salahnye kalo izinkan je bawak masuk  badminton  tu.. dah tentula beli gune duit mak pak.. kalau lah bagi izin student bawak masuk dalam perpustakaan, mungkin aiman tak kene marah sampai camtu..  siap kena warning lagi dengan abah:

“kalo sapa-sapa abah tengok beli  badminton  lagi,siapla! abah p jumpak cikgu tu nanti!”  tegas sungguh abah aiman.. kali ni memang aiman kesah.. bukan lagi aiman tak kesah..1 hari aiman tak makan nasik langsung.. 


guwa rase nak bagi flying kiss kick je kalo guwa dapat tau sape yang rembat tu.. tak pasal-pasal guwa yang penat-penat balik keje pon kene tahan telinga.. bedesing habaq hang~