Sebenarnya tak jauh dengan tempat aku tinggal (kawasan Sungkai) terdapat satu kawasan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) dan tempat ni sebenarnya konsep dia lebih kurang macam Safari. Tapi memandangkan tempat ni merupakan tempat "pemuliharaan" jadi memang pihak berkenaan takdelah buat promosi kaw-kaw untuk promo tempat ni pada umum.
Siapa yang tawu ajelah akan ke sini.
Aku sendiri yang memang boleh dikatakan anak jati kawasan Sungkai pun baru sekali dua je menjejakkan kaki ke sini.
Kebetulan jugak haritu masa cuti Maulidurrasul, Krismas dan juga bersambung cuti Sabtu Ahad, kakak ipar aku teringin nak jejakkan kaki ke sini. Mulanya, aku dah bagitawu yang tempat ni ditutup kalau waktu cuti tapi Abang Long aku nak try luck jugak jadinya kami teruskan jugak pergi.
Sudahnya bila sampai je, memang terbukti tutup.
MASA LAWATAN :
MASA LAWATAN :
Isnin hingga Khamis : 2.00-4.00 petang sahaja
Jumaat : 2.30-4.00 petang sahaja
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : TUTUP
Masuk PERCUMA
Dalam PKHL ni ada banyak juga menempatkan haiwan perlindungan seperti rusa, seladang, burung-burung seperti merak, enggang, kuang dan beberapa spesis lain.
Dalam kawasan ni jugak terdapat Galeri Pameran yang mana kat dalam tu jugak ada beberapa jenis tengkorak dan haiwan yang telah diawet dan dilabelkan untuk pameran para pengunjung.
PKHL ni berkeluasan 20 hektar lebih kurang dan telah ditubuhkan sekitar awal 1970-an. Aku sendiri pun belum lahir lagi masa tu huhuhu.
PKHL Sungkai ni diuruskan oleh Jabatan Perlindungan dan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN) negeri, jadinya terdapat 19 orang staff termasuk seorang pegawai Hidupan Liar ditugaskan di sini untuk menyelia kemudahan infrastruktur yang ada.
Pernah mendapat liputan krew Majalah 3 masa awal tahun 2015, masa tu ramai warga sekitar yang teruja sebabnya dalam Majalah 3 tu diorang dapat masuk tengok kawasan Pak Belang (Harimau) tapi, malangnya, kawasan Pak Belang tu tak dibuka untuk pengunjung.
Anak saudara aku dan juga Mama Papa dia sebenarnye eksaited nak ke sini semata-mata untuk tengok sendiri Pak Belang (rasa special sikitlah sebab tempat ni tak jauh dengan rumah aku kan) tapi bila kamiorang datang tu kebetulan pulak waktu cuti umum memang tak dapat masuklah. Tambah pulak bila kami tanya pada guard kat situ, katanya kawasan Pak Belang memang tak dibuka pada pengunjung. So agak kecewa di situ.
Tapi yelah, faham dengan konsep tempat ni 'pemuliharaan' so kalo rasa nak nengok Pak Belang kat pusat ni, lupakanlah ye nak hukhukhuk
Kecewa tak dapat masuk nengok binatang kat situ,
Abang Long aku decide untuk terjah satu lagi lokasi kat area Perak ni jugak.
#AteKemaneKome? Nanti aku citer kehkehkeh
Abang Long aku decide untuk terjah satu lagi lokasi kat area Perak ni jugak.
#AteKemaneKome? Nanti aku citer kehkehkeh