Selesai je program hari raya pertama Aidil Adha : beraya ke rumah jiran tetangga dan isi perut sana sini ziarah kengkawan zaman sekolah dedulu, balik rumah masing² tebongkang kenyang. Berhari raya ditemani jerebu adalah tak berapa ohsem.
Malam hari raya pertama tu aktiviti membakor otak-otak masih diteruskan sebab masih ada berbaki satu beg (50 pieces) lagi sebab semalamnye baru setel satu beg je kami kerjakan. Sambung malam raya pertama pulak. Sambil membakor tu si akak ipar aku tak habes² lagi dengan wishlist dia : Nak pergi Cameron Highland. Dah lama ekceli dia teringin nak pergi sana tapi bila nak pergi, ada je hal yang tak dapat dielakkan dan terpaksa di cancle trip nak mendaki ke Cameron Highland tu.
Untuk tak menghampakan keinginan akak ipar aku tu, Abang Long aku setuju jugak untuk tunaikan impian wife kesayangan dia. Pagi tu seawal jam 8.00 pagi kami gerak dari rumah dan terus masuk highway kat Sungkai dan keluar Simpang Pulai. Ekceli untuk ke Cameron Highland ni boleh naik ikut jalan Tapah tapi kat situ laluan jalannya agak sempit dan corner dia lebih tajam kalo dibandingkan ikut Simpang Pulai.
Kami pergi naik satu kereta je sebabnya...
Abah dan adik aku yang lagi berdua tu taknak ikot sekali. Anak buah aku si Rafael Zafuan tak habes-habes membebel nanti pening, muntah cemane katanya sebab dulu masa balik dari Terengganu, Abang Long aku pernah bawak dia lalu ikot jalan Cameron tu, sampai termuntah si Rafael masa tu sebab pening melayan corner jalan Tapah-Cameron Highland tu. Mula dari kejadian tu, memang mulut si Rafael ni tak habes-habes membebel pasal pening aje lah bila mak nye kata nak ke Cameron. Bila orang suruh tinggal kat rumah dengan Tokwan, taknak kataya nanti kalau Tokwan kuar, siape pulak nak jaga dia. Ehhh budak kecik ni kemain lagi kan.
Perjalanan kami naik ke Cameron Highland ikut Simpang Pulai bermula lebih kurang jam 9.15 pagi cenggitu. Kenderaan pon masih tak banyak lagi memandangkan masih awal pagi dan hari biasa bukan hari Sabtu Ahad. Jalannya macam yang aku cakap awal tadi : kurang tajam selekohnya. Sementara nak buleh sampai ke atas puncak tu, berpinor jugaklah bijik mata melayankan jalan Simpang Pulai-Cameron Highland ni walaupon tak berapa nak tajam sangat selekohnya.
Pit stop #1 : Al Mashoor Strawberries
Tapi kami tak lama kat sini sebabnye kat AlMashoor Strawberries branch yang ni berries die kecik² dan tak banyak pilihan sangat sebabnye yang ni bukan AlMashoor yang besar tu . Dia ada dua lokasi sebenarnye AlMashoor ni (kalau naik ikot Tapah akan jumpa AlMashoor yang branch utama dulu). Si budak Rafael tu muka tak puas hati sebab dia eksaited dah nak petik sendiri tapi kami pujuk untuk gerak pergi lokasi lain. Tu pasal muka jadi cenggitu =P
Pit stop #2 : Tringkap Bee Farm
Pit stop #1 : Al Mashoor Strawberries
Tapi kami tak lama kat sini sebabnye kat AlMashoor Strawberries branch yang ni berries die kecik² dan tak banyak pilihan sangat sebabnye yang ni bukan AlMashoor yang besar tu . Dia ada dua lokasi sebenarnye AlMashoor ni (kalau naik ikot Tapah akan jumpa AlMashoor yang branch utama dulu). Si budak Rafael tu muka tak puas hati sebab dia eksaited dah nak petik sendiri tapi kami pujuk untuk gerak pergi lokasi lain. Tu pasal muka jadi cenggitu =P
Pit stop #2 : Tringkap Bee Farm
Lokasi kedua kami singgah kat Cameron Tringkap Bee Farm.Kat sini kiosk dia boleh tahan panjang jugak. Macam² souvenir ada dijual kat sini especially madulah. Kat Tringkap Bee Farm tu ada Bee Museum dan masuk adalah FREE. Siapa tak suka kalo masuk free kan? Aku memang tak lepas peluangla kalo dah free ni hehehe.
Lepas tengok lebah comel² ni, kami terus gerak lagi. Si budak Rafael dah buat perangai sebab hajat dia nak petik berry belum ditunaikan lagi. Grrrr~
Pit stop #3 : Royal Berry Strawberry Park and Cafe
Lepas tengok lebah comel² ni, kami terus gerak lagi. Si budak Rafael dah buat perangai sebab hajat dia nak petik berry belum ditunaikan lagi. Grrrr~
Pit stop #3 : Royal Berry Strawberry Park and Cafe
Selesai jenguk-jenguk kat Bee Farm kami terus gerak ke atas lagi sampailah kat Royal Berry Strawberry Park and Cafe ni. Disebabkan motif utama ke sini untuk tunaikan impian akak ipar aku dan jugak si budak Rafael tu untuk petik sendiri strawberry, so kat Royal Berry ni dapat jugaklah tertunai impian diorang. Kawasan tanaman berry dia agak luas kat sini dan buahnya pun banyak. Cuma kena hati-hatilah sebab keadaan kawasan tu berbukit-bukit dan lorong-lorong dia tak besar mana sangat. Aku jenuhlah pesan kat mak aku suruh hati-hati. Kemain seronoklah si budak kemetot tu mengutip sana sini. Turun naik, turun naik tangga ke sana sini dia dok mengutip. Royal Berry ni orang Melayu kita yang punya. Kalau lepas mengutip berry tu penat dan dahaga ke hape, boleh layan makan stroberi cokelat dulu kat cafe dia. Harga pon tak cekik darah sangat sebabnya 100gram berry (self plucking) ni RM3.50 aje harganya. Tempat lain aku tak pasti sebab aku tak ushar pulak sebab majoriti tempat lain tutup kaunter self-plucking sebab bukan musim katanya. Untuk musim dia berbuah lebat kena datang awal tahun Januari-Mac cenggitu lebih kurang.
Pastu kami gerak lagi next lokasi kikiki
Pastu kami gerak lagi next lokasi kikiki
teringin jugak petik strawberry sendiri ni..Last time gi Cameron, tak berpeluang...comel je si Rafael tu, mesti happy dah tertunai impian
ReplyDeletenanti bolehla try kak Sal petik sendiri. terapi gak la kiranya hehe
Deletewahh sonoknyer gi CH tuuu., hehe2
ReplyDeletesonok gak la Wak hehe
Deleteuish bnayak jugak pit stop dalam shari.. memang gempak..
ReplyDeleterasanya kalo naik kot simpang pulai mmg x pening la.. dah maju n canggih jalannya kan..
saja singgah banyak tempat sebab memang niat gitu hehe. haah naik ikot simpang pulai kureng la skit pening nye tu CT..
DeleteSaya macam tak pernah pun sampai dekat tempat-tempat ni. Lama dah tak pergi Cameron. Macam manalah rupa Cameron ni sekarang ya.
ReplyDeleteFarah lagi best view kat obersea sana hehe
DeleteSama la..aku pun teringin gak nak pergi cameron, cuma bezanya aku tak pergi2 lagi sampai skrg. Haha...takpelah, tgk gambar2 kt cameron highland yg kau kongsi ni pun jadi la...
ReplyDeletenanti2 ada masa free, rewardla diri sendiri tu Bro Ley. p la jejalan memane hehe
Deletekita pernah petik stroberi haritu. satu masuk bakul, satu masuk mulut. begitulah jalannya hahahahahhaahha.
ReplyDeleteha'a, kazen kita berapa kali muntah sebab jalan berliku sangat. dah la dengan xde toilet sampailah dah turun bawah masa nak balik tu
nak strawberi ituuuuuuuuuuu
ReplyDelete