Jerebu tebal gila sekarang. Aku yang duduk di kawasan kampung ni pun cukup terasa betapa tebalnye jerebu apatah lagi yang tinggal di kawasan bandar. Dah la asap kilang dan asap kenderaan cukup sesak dah, ditambah pulak jerebu. Pening lalat aku jadinya. Tekak dah mula sakit. Ini pun kira dah pakai facemask dah ni. Kalau tak pakai entahla.
Status Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk 13.09.2015 setakat jam 11 pagi. Aku kat kawasan Perak (Tanjung Malim). Walaupun bacaan masih di tahap hijau tapi dah cukup buat aku pedih mata, sakit tekak dan rasa lemas di daratan.
Esok dan lusa ada urusan di Melaka. Dah la Melaka paling tinggi IPU dia. Moga-moga esok makin berkuranglah tahap jerebu kat sana. Terus rasa nak pakai niqab. Takyah pakai facemask lagi dah.
pakaila niqab je., hehe2
ReplyDeleteinshaAllah wak hehehe
DeleteMoga dipermudahkan segala urusan ye..
ReplyDeletemekaseh kak PC :)
DeleteTasik kat cyberjaya tempat selalu lepak sebelum balik, tak nampak dh bangunan kat seberang.. teruk..
ReplyDeletemak aih tu tandanya jerebu makin teruk dah tu. jaga diri bebaik amir.
DeleteAku kat KL pun walaupun masih hijau tapi kalau ditambah dengan jerebu lagi, dengan asap kenderaan lagi, dgn pembinaan di merata tempat lagi, memang berhabuk asap teruk oooo...
ReplyDeleteBykkan minum air dan kurangkan aktiviti outdoor.
Take care Ana :)
tu la kat bandar lagi la double triple terasa. inshaAllah mekaseh cEro. u take care too :)
Deletebelah kulim ni dah okay sket dah jerebu. belah sana macam mana?
ReplyDeleteAlhamdulillah lepas hujan lebat semalam, kat area Perak ni ok sikitla jerebu arini.
Delete