SABIT KUKU. Pernah dengar? Aku pun baru ja tawu. Lengkung yang ada pada kuku yang macam gambar ni warna putih kat pangkal kuku so benda tu di panggil SABIT. Selalunya saiznya sebesar 1/5 dari kuku. Kuku yang sihat berwarna kemerahan, halus dan bersinar, sabitnya memang nampak jelas. Bila kita sakit, sabitnya akan mengecil, bila kembali sihat, sabit akan muncul semula.
KATEGORI SABIT
1)Tidak ada sabit langsung
- Ginjalnya mudah sakit.
2)Sabit nya kecik dari 1/5
bahagian kuku
- Tenaga dalam badan
berkurangan / penyerapan usus besar kurang bagus.
3)Sabit lebih besar dari 1/5
bahagian kuku
- Kemungkinan menderita
hipertrofi jantung, kardiovaskular sumbat , hipertensi, stroke dan penyakit
lain.
4)Sabit kaler gelap / mengecil
atau hilang
- Ada penyakit yang parah, atau
ada tumor, pendarahan didalam.
5)Sabit makin lama makin
mengecil
- tenaga makin berkurangan dlm
badan , kesihatan tubuh makin merosot,
kekebalan imun badan menurun.
P/S : Orangg yang
jenis tidak ada sabit, sekali sakit mesti teruk or ambik masa nak sembuh. Bila
sabit makin berkurang, perbanyakkan makan protein . Jaga stamina badan, dan kena
selalu bersukan.
Sekarang
ni sila tengok sabit kat kuku korang tu mcm mana rupanya? Makin putih? atau ada
jugak jari yang takde sabit kuku ni? Sesiapa yang ada 8-10 jumlah sabit di
kategori sebagai SIHAT. Kalau kurang tu tandanya ada masalah kesihatan.. Boleh
kenal pasti tahap kesihatan tubuh badan kita dengan melihat sabit ni. (Padan la tabib cina suka tengok tangan
pesakit)
Tapi
tak boleh la percaya betul² benda ni. Jodoh, ajal, sakit, demam semua tu Dia
penentu. Tapi boleh la kalua kita lebih alert dengan tubuh badan kita. Kalau
sihat, kita jugak yang untung kan. Takdela nak kena apply cuti je manjang. Tapi
kalo yang jenis baloq liat, memang suka sangatla sakit demam ni. Tengah sihat
pon dia ada je akai nak apply cuti. Cissskek betul jenis cenggitu =P
saya ada kt ibu jari saja
ReplyDeletesama la saya pon ada kat ibu jari je
DeleteAlamak! Kite memang takde sabit langsung :'(
ReplyDeletetakpe YieN. takde tak bermakna fakta tentang sakit tu betul.
DeleteAda jugak sabit kat kuku :D
ReplyDeletetakot pulak bila baca ayat nani. hehe
Deletealhamdulillah ada..hehehehe..
ReplyDeleteana pon ada la jugak hehehe
DeleteMama saya pernah cakap juga pasal benda ni.
ReplyDeleteseriously Farah? memang betul la ye benda ni?
DeleteBetul ke benda ni? Aku ada sabit kat kesemua ibu jari tangan dan kaki. Tak tau la nak cakap sihat ke x...haha tp setakat ni alhamdulillah sihat jekk...
ReplyDeleteTahu yg benda tu dipanggil sabit kuku tapi baru tahu sabit kuku ada kaitan dgn kesihatan kita.
ReplyDeleteSS nombor 1.. Tak ada sabit langsung... Uhukkkssss
ReplyDelete