Sepuluh Hari Cabaran | Day #7

Cabaran #7 kalini aku kena list kan 4 feveret cartoon character and why? banyak jugak kartun yang aku suka tengok tapi tu dulu la masa internet belum lagi power macam sekarang ni. Petang² je mesti berebut dengan adik² nak tengok feveret kartun masing².

Day #7 : Four Favourite Cartoon Characters And Why?

1.Cosmo and Wanda (The Fairly OddParents)


Dalam citer The Fairly OddParents ni ada sorang watak utama si budak kecik (Timmy Turner). Dia dianugerahkan 2 ekor pari² bernama Cosmo (lelaki) dan Wanda (perempuan) Banyak jugak yang Timmy belajar hasil daripada nasihat si Cosmo dan Wanda ni walaupon kadang-kadang pari² tu pulak yang terikut-ikut arahan / nasihat si Timmy kemetot tu. Biasalah citer pari-pari, pooffff je jadi ikan duyung, poofff je jadi cheese tart. Segalanya mungkin dengan pari-pari hahaha


2.Jimmy Neutron


Aku suka character si Jimmy ni sebab dia budak genius. Macam² masalah yang Jimmy berjaya handle disebabkan kepala hotak dia yang genius tu. Walaupon selalunya pada mulanya nampak macam tak mampu nak handle problem tu tapi akhirnya berjaya jugak Jimmy handle dengan bantuan kawan² dia si Cindy, Libby, Carl dan jugak Sheen. Eh tak lupa jugak anjing robot dia si Godard tu.




3.Usop Sontorian


Antara kartun Melayu yang lejen ni lah citer Usop Sontorian ni. Masa zaman takde internet dedulu, kartun ni la aku tunggu-tunggu. Suasana kampung Parit Sonto, mandi sungai, main macam-macam permainan kampung membuatkan kartun Usop Sontorian ni melekat kat hati aku cewahhhh kehkehkeh. Watak si Usop, Abu, Dol, Singh, Vellu dan Ah Kim melambangkan betapa nilai perpaduan antara kaum sangat padu. Syok betul layan Usop Sontorian ni.


4.Keluang Man
 


Ini lagi satu kartun animasi melayu yang lejen. Watak utama si Borhan (Keluang Man) digambarkan sebagai seorang yang ada masalah mental dan dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Keluang Man yang sebenarnya dah mati dan entah cemane si Borhan ni terjumpa topeng tu dan bila malam, dia lah yang Keluang Man membantu setelkan kes-kes jenayah. Citer ni ala-ala Batman tapi yang ni versi Melayu. Pastu tak berapa lama lepas jadi Keluang Man, Borhan dapat sorang kawan baru kat rumah sakit jiwa tu. Kawan dia ni pulak jadi comrade dia dengan watak Tiong Man (ala-ala Robin kawan Batman). Diorang sama-sama setelkan kes jenayah. Watak polis singh yang nama Inspektor Sahab tu sangat tak berpuas hati dengan Keluang Man dan jugak Tiong Man ni sebabnya, orang ramai macam asyik puji diorang berdua ni. Panaslah telinga Inspektor Sahab tu hehehe.


Usop Sontorian dan Keluang Man ni kartun zaman 90-an dulu. Zaman tu ada lagi kartun melayu lain yang jadi feveret aku antaranya Anak-Anak Sidek, Yokies dan jugak Frootees. Kalau selain kartun, rancangan tv untuk kanak-kanak yang jadi feveret aku dedulu antaranya Dimana Joe Jambul. Jangan gelak. Itu memang nama rancangan tu hahaha. Pastu rancangan berkonsepkan kuiz Bina-Bina dan jugak Pintar Pintas. Perserta yang join program kuiz Bina-Bina tu kalau setiap kali jawab betul, dapat patung teddy bear sekor. Kalau sepuluh kali jawab betul dapat 10 ekor teddy bear! hahaha



18 comments:

  1. Saya tahu Jimmy Neutron dengan Keluang Man je. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tawu gak la tu Farah hihi

      Delete
  2. jimmy neutron best jgk layan! haha

    ReplyDelete
  3. saya suka kartun lain, cardcaptor sakura. ahahah dengan totally spies. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. cardcaptor sakura pon best gak layannn hehe

      Delete
  4. Siapa tahu rancangan Di mana Joe Jambul tu nampak sangat dah tua..kikiki.gurau je! sama lah, suka Keluang Man ngan Usup Sontorian gak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Mana Joe Jambul akak tahu! :D

      Delete
    2. ehem~ "Siapa tahu rancangan Di mana Joe Jambul tu nampak sangat dah tua" <--- takmo terima kak sal cakap ni hahaha

      Delete
    3. @kak Farah MF: ana pon tawu gak Dimana Joe Jambul tu kak hahaha

      Delete
  5. layanns ;p
    semoga berjaya dgn cabaran nih

    ReplyDelete
  6. Rasa tua pulak nengok pilihan2 kartunnya. Ni bukan kartun zaman akak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdela tua mana sangat kak Farah hehe

      Delete
  7. ehehe kalo 90s babies yes.. kenal la usop and the geng..
    kalo adik2 gen baru mai.. blur dah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada gak yg tawu kdg2 tu hehe

      Delete
  8. jimmy neutron!! kita suka rambut dia. nampak hensem. hahahahahha. padahal kartun. lagu keluang man sampai sekarang kita ingat lagi. hahahahaha...

    kita klik2 nuffnang sekali ^^,

    sory kak Ana dah lama x singgah. alhamdulillah. semalam dah antar dah thesis weeee

    ReplyDelete
  9. hahahha lama x tgk usop santorian ;-)

    ReplyDelete