ini kesah hari terakhir bekerja sebelum ofis ditutup secara rasminya sempena cuti raya aidilfitri.. aku on duty sorang-sorang je lah harini sebabnya partner aku dah gerak balik ke sungai petani lebih kurang 8.15 pagi katanya pastu dalam jam 10 pagi lebih kurang aku tanya lah sampai kat mana dah -- dia kata baru sampai area jelapang (ipoh) je. selalunya waktu bukan musim raya kalo 2 jam perjalanan tu dah boleh sampai area taiping dah.. jemmm merata phewww =P
harini sipbek half day je.. tu pon sebab nak setelkan submit monthly report segala. kalo ikotkan hati memang malas la nak datang kerja, tambah pulak partner pon dah cuti.. tapi memikirkan tanggungjawab, gagahkan jugakla datang hehehe
setel submit report segala -- jam pun dah dekat pukul 1 tengah hari -- dah kemas-kemas semua tetiba datang pulak sorang brader ni.. aku memang kenal dia. sebelum ni dia memang selalu datang guna perkhidmatan kat ofis aku tu tapi semenjak dia dah kawen dan pindah duduk johor, dia dah jarang la datang.. rupanya dia datang nak mintak derma / sumbangan untuk buat surau di kawasan taman perumahan yang dia duduk skang di johor tu..
mulanya aku macam was-was nak bagi sebab jumlah pemberian tu dah ditetapkan sebanyak yang tertulis kat kupon tu.. tapi bila fikir balik -- takpelah die nak tipu ke atau nak jujur ke itu antara dia dengan pencipta.. yang penting niat kita ikhlas untuk bagi.. memandangkan aku pon dah nak tutup kedai, kami pon takdela sembang lama -- aku bagi sumbangan -- dia bagi keratan tu -- pastu kami pon balik.
sepanjang perjalanan tu aku dok terfikir jugak ape maksud INFAQ ni ea sebenarnye.. kerap jugak ada dengar kat iklan tv / radio pasal infaq ni.. balik tu bila aku google owwhhhh ini maksudnye :
"infaq mempunyai makna menafkahkan atau membelanjakan harta yang kita miliki. terutama untuk kepentingan agama atau memberikan harta ke jalan Allah..."
sumber : gusharton
owhh camtu rupanya maksud infaq ni.. maklumlah sekarang ni banyak penggunaan perkataan atau term dari bahasa arab rasanya macam iftar, suhoor, dai'e dan tak lupa infaq ni jugak..