Sebak Rasanya
anamizu
08 September
22 Comments
September. Aku diuji seawal ujung Ogos.
Mak demam. Muntah-muntah..
Berlarutan seminggu..
Jamah nasi, muntah.
Air seteguk ditelan, sebaldi dimuntahkan--
Aku dan abah buntu.
Ke klinik sudah.
Ubat-ubatan sudah.
Hanya doa dan tawakal.
Alhamdulillah hari kelapan mak pulih.
Beransur pulih.
Lapan September.
Kali ni Abah.
Athma --
sekian lama tak sesak nafas,
kali ni abah tewas.
Turun naik dada abah.
Nafas tersekat.
Sekali lagi aku diuji.
Satu-satunya puteri dalam keluarga--
Aku tak pedulikan apa.
Hanya hospital destinasi dalam kepala.
Mak Abah,
Aku sayang mak dengan abah
seluruh jiwa raga
Ya Allah,
Sesungguhnya aku mohon,
janganlah Kau ambil mereka
Selagi mana aku belom bahagiakan mereka--