Sepuluh Hari Cabaran | Day #5

Aku teruskan lagi dengan Sepuluh Hari Cabaran. Macam hampir kelaut pon ada jugak aku rasa. Maklumlah sibuk sikit. Takpa takpa aku sambung. kikikiki =P

Sebenarnya lagu-lagu yang aku list kan ni bukanlah aku melalak sangat pon kalo aku dengar. Setakat humming telinga sendiri je yang dengar mampulah. Kalo nak pulun melalak mungkin tidak. Suara aku lebih baik tak menyanyi. Kang kalah suara katak panggil hujan kehkehkeh

Day #5 : Six Songs You Sing Outloud

1.Steelheart-She's Gone

Ini band otai ni. Steelheart ni band zaman 90-an kalau tak silap. Power gila vocalis dia. Lagu ni memang kena sing outloud sebab memang high pitch dari start sampai habeh. Ada la 1 - 2 baris je kot yang slow, lain tu semua kena nganga luas punya. Kalo tak, tak sampai pulak mesej lagu dia ni hehehe

2.Michael Learns To Rock-25 Minutes Too Late

Ini pon band otai gak ni. MLTR. Jangan tanya kenapa nama band dia cenggitu. Deep gila lagu ni. Macam konon² sambungan kisah kat lagu nombor 1 tu tadi. Kekaseh dia dah takde pastu sambungan kat lagu MLTR ni, dia jumpa semula kekaseh dia tapi dia dah lambat 25 minit sebab hari kejadian tu dia tengok si gadis dah cantik lengkap dengan wedding dress tapi gadis tu nanges sambil cakap :
"Boy I missed your kisses,
all the time but this is,
twenty five minutes too late.."

Pada aku deep gak la lagu ni. Lagu-lagu MLTR ni mostly memang power. Band otai la katakan. Mana entah composer dia dapat idea buat lagu ni. Based on true story agaknye kot hehehe




3.Haida-Hajat

"Bisakah kau tempuh ranjau ini,
Yang pastinya jurang menghalang,
Sanggupkah engkau susah payah bersamaku,
Janganlah pula nanti kau menyesali,
Setelah melalui..."

Tudia hamek lirik dia. Tangkap leleh baq hang hahaha. Lagu ni aku suka walaupon dia lagu lama. Power touching lirik dia. Part chorus tu "Oh kaaaaaasih, sunggguh ku mengerti, dulu benar oh kasihmu tak ku sangsikan, semurni kasihmu dari dulu dan kini~ " Phewwwww =P

4.Zur Eda-Pelita

"Bersama angin ku kirim rindu,
Mengapa begitu apa salahku,
Seolah diriku permainanmu..."

Yang ni pon touching jugak. Kesah ditinggalkan kekaseh hati agaknye. Suara Zur Eda sedap. Aku suka almost semua lagu dia.

5.Pompa Bensin-Jangan Lupa Namaku

Nama band Pompa Bensin ni macam bunyi pelik sikit kan? Lagu Jangan Lupa Namaku ni lagu tema drama Ramadhan Terakhir lakonan Tasha Shilla (watak dia nama Sakinah kalau aku tak silap). Masa drama ni ditayangkan, aku terus cari siapa dia lah di sebalik nama Pompa Bensin tu. Pastu aku dapat tawu yang Pompa Bensin ni adalah jeng jeng jeng... Takyah tawu lah kikiki 

6.Azfar-Akan Ku Jumpa

Lagu ni pun salah satu lagu tema dalam drama jugak. OST drama Syurgamu Ramadhan lakonan Eira Syazira. Lirik lagu ni kena sangat dengan drama tu. Power gak la lagu ni.

Ada lagi lagu lain yang telinga aku suka replay banyak kali. Kadang tu aku sesaja dengan niat play satu lagu tu je pastu aku turn repeat on. Maklumla sekarang ni kat ofis aku kena kerja sesorang sebab partner kerja aku on leave disebabkan dia TERbersalin awal masa 31 Ogos haritu. Dua bulan lah aku kena kerja sorang. Hadaplah kerja sesorang tiap hari =P




20 comments:

  1. 25 minutes too late! Nostalgic nya :D

    ReplyDelete
  2. pompa besin?? huh??
    btw, shes gone tu aku suka menjerit :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik tak nama band tu zyra? =P
      mmg kena jerit nyanyi lagu tu hahaha

      Delete
  3. She's gone tu memang kena tarik gila2..kalau x, tak puas..haha..yg kau list ni aku tau yg no 1 dgn no 5 je...

    p/s: Belum boleh update blog sendiri lg, tengah pantang. Kahkah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup memang kena tarik gila2 kalo tak mmg tak puas ler hahaha.

      Delete
  4. Banyak gak lagu2 yang scha tak tahu haha

    ReplyDelete
  5. MLTR!
    Adoiiii...terkenang zaman kanak-kanak dulu curi walkman kakak nak dengar kaset MLTR...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti kakak hang jenuh cari walkman dia kat mana hehehe

      Delete
  6. sy suka lagu jamal abdillah...best...penghujung rindu...jd lagu utk karaoke pun best nih heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seribu tahun dan sejuta langkah,..
      Seribu tahun bersinar cinta,...
      Kita bertemu di penghujung rindu,.... :)

      Delete
    2. perhhh dah boleh berduet dah tu deanna dgn kak farah hehehe

      Delete
  7. Akak pun suka lagu MLTR :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ana suka lagu2 MLTR ni. sedap je telinga dengar hehehe

      Delete
  8. cuma yg 1st tu x penah dgr ;-)

    ReplyDelete