Nothing Else Matters

30 November 14 Comments

Salam November. last entry aku two weeks ago. dah la two weeks ago, panjang berjela macam karangan spm pon ade. naek menyampah kawan-kawan nak hadam =P

bila sampai duaminggu tak sharing ape-ape kat blog, momentum nak menulis menaip tu jadi agak lambat dan agak susah jugak kot untuk jari jemari menari.. hermm tapi perasaan dan tangan sangat menggelegak untuk sharing sesuatu. 

hermm untuk last two weeks, ada beberapa perkara yang aku setelkan dan macam biasalah dengan bantuan rakan-rakan sekeliling jugak.

Alhamdulillah Karnival Fiesta Jalur Lebar 2013 pon dah berjaya kamiorang hadap walaupun baaanyak rintangan dan dugaan yang kamiorang kena telan sepanjang sebelum-semasa- selepas program.. yang penting kemunculan Upin Ipin + Azmeer + Jalil Hamid memang kasi havoc habes lah fiestajalurlebar kamiorang tu.. weehuuuu ~






Bersyukur diletakkan dalam satu Team yang sangat supportive dan membantu rakan-rakan lain ;)


Nyamuk Punya Angkara?

04 November 24 Comments


Dah November rupenye.. tinggal kurang dua bulan tahun duaributigabelas bakal berakhir.. sekejap je.. rasa macam baru semalam je 1 Januari... umur pon bakal bertambah naik ke satu lagi angka la maknanya next year.. Hermm kena capai beberapa checklist yang belom dapat tick lagi nampak gaya nih.. Hnsss hnsss *kembang-kembang idong*

Aku rasa macam agak lama tak dapat on blog nih.. Kali ni bukan alasan bizi dah.. alasan kali ni melibatkan kesihatan.. Aku ni spesis yang agak susah dijangkiti sakit demam.. Which is aku bersyukur sebab aku dikurniakan antibodi yang sedemikian rupa.. Jenis lasak jugakla orang kata.. 

Tapi.. ha ada tapi kat situ.. Tapi baru-baru ni demam dah berjaya attack sistem pertahanan badan aku.. Kisahnya mula begini --- *dah macam nak bercerita hikayat Sang Kancil plak*

Lepas je setel cuti Raya Haji aritu (family aku beraya kat umah abang long aku kat Putra Heights,Subang) disebabkan beliau dapat cuti 1 hari je dan tak dapat nak balik kampung.. Maka beraya lah kami kat sana.. Balik je dari sana aku pon sambung masuk ofis macam biasa lah.. Tiba-tiba masa 22 Oktober (Selasa) tu masa aku masuk ofis pagi tu, aku dah rasa lain maciaaaaamm.. 

Badan rasa seram sejuk.. Menggeletar habes.. Partner aku (Cik Ida) pon memula tu pelik gak tengok aku dok ketar habes.. Tak pernah² aku camtu.. Memandangkan tahap ketar tu makin memuncak, aku pon decide terus landing kat bahagian dalam bilik training + off ekon -- dengan aku pon terus off sekali.. Aku terbaring kat situ dari 10.30 pagi sampailah pukul 1 tengahhari.. Masa nak balik rehat kul 1 tu Cik Ida syorkan aku balik rehat je la katenye memandangkan keadaan aku yang dah macam hape je.. Dan aku pon gagahkan jugaklah drive balik sebabnye takkan aku nak tinggalkan pulak kete kodok aku kat situ.. 

Dipendekkan cite, aku memang demam bermula pada 22 haribulan tu.. Tapi.. ha ade tapi lagi.. Aku buat rilek je tak p hospital.. Itu satu lagi style aku --- taknak p hospital ke klinik ke kalo sakit gitu-gitu.. Sebabnye yelah, aku bajet demam sebab kene hujan mase petang sebelum tu.. dalam duatiga hari baiklah tu nanti -- aku sedapkan hati sendiri tiap kali sakit demam..

22 haribulan membawak sehingga ke 26 haribulan.. Dah masuk 4 hari kat situ.. Takde jugak tanda² macam nak kebah demam aku tu.. Kat tangan pon dah mule naik ruam-ruam merah.. Masa tu dah ada mula rasa risau jugak kot² ada masalah lain ke aku ni sebenarnye.. Last² 27 haribulan tu, mommy and daddy *cheyyy bajet ongkaya sangat* decide angkut aku dan bawak p check up kat Hospital Slim River.. Dalam kul 6 lebih aku sampai sana pastu doktor pon check pastu amek darah apa semua pastu kena tunggu.. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu... Dari kul 6.30 tu sampai kul 8 lebih jugakla baru aku dipanggil semula (yang sebenarnye kalo ikot aku, aku dah ajak je mak abah aku balik sebab tunggu lama sangat dan tak di inform apa² pon kena tunggu lama ke kejap ke) Bila dipanggil semula masuk ke bilik doktor tu, satu berita yang kurang sedap didengar disampaikan pada aku ---


"kalo ikot pada kandungan darah adik ni, kami saspek denggi.. tapi tak seriyeslah... ermm tapi takpe.. adik boleh balik.. cuma kena repeat check darah lah untuk duatiga hari ni kat klinik kesihatan terdekat ye.." camtu lah kata doktor pompuan tu kat aku..


Makanya, start hari berkenaan (27 haribulan) sampailah 31 haribulan tu aku kena p check darah pagi dan petang.. Mak oi azab jugaklah hai pagi-petang asyik kena cocok je kejenye.. Aku ni dah la antara manusia yang paling susah nak telan ubat-ubatan segala bagai tu.. Pastu kalini kena cocok pulak lagi.. Pftttt punya best rasa dia baq hang ! 

Dan belom setel kat situ.. aku kena p check up lagi pada 6 November nanti.. Mudah²an takde pape masalah lah hendaknye.. Aku tak rela dah kena cocok pagi-petang camtu.. 



*rumah aku takde pon sebenarnye kawasan air bertakung atau kawasan pembiakan nyamuk
*bila saat sakitdemam ceni -- mak + abah lah insan paling dekat bersusahpayah usaha :')
*bila diuji bab kesihatan ceni -- Ya Allahuakbar :')



Orang Perempuan Ni

20 October 26 Comments

Orang perempuan sifat dia kalau kasar---
Sebenarnya  mereka ni lah yang paling mudah untuk didekati.
Sebab mereka kalau gurau kasar, tetap boleh terima.
Cuma satu je tentang mereka ni ---
HATI mereka tetap perempuan.
Kasih sayang mereka tetap lembut.
Dan teman mereka tetap yang satu --- "menangis"


Senang je sebenarnye nak tackle perempuan.
Cuma kena mencuba.
Try.
Tak berjaya ?
Cuba lagi.
Tapi kena bersungguh.
Dan jujur.



Ooo yang ni lah

16 October 32 Comments

Salam Aidiladha.. masing-masing pakat dalam mood beraya lagi kot.. Raya aku masih macam tahun sebelum-sebelumnya jugak --- masih berstatus single.. belom berumahtangga jugak.. dan maksudnya belom ada hasben mahupun anak-anak lah.. tapi aku adala sorang dah anak sedara. Nak wat camna, rezeki abang long aku masih takat tu je untuk part anak. moga² ada rezeki melimpah ruah buat abg long dan kakak iparku.. aminnn

Haaa sekolah pon dah makin ke penghujung tahun.. Cuti sekolah pon makin dekat.. Bila cuti sekolah datang je, makna kata kenduri kendara jugak makin melambai-lambai lah..Dalam erti kata mudahnya, cuti sekolah jugak memang sinonim dengan majlis kenduri.. Tak kisahlah kenduri kawen ke, kenduri cukur jambul ke, kenduri bertunang ke.. Dan selalunya kalo kenduri kawen lah, mesti akan ada DJ atau pengendali PA sistem yang akan memeriahkan suasana majlis walimatulurus tu.. Cita pasal DJ ni, dua tiga hari lepas aku ada la melawak-melawak dengan sorang Abg DJ ni.. dia ni antara DJ majlis terbaeklah yang pernah aku kenai..

Mulanya perkenalan aku dengan Abg DJ ni adalah masa Karnival Hari Terbuka Pusat Internet Felda Gunung Bongsu masa tahun lepas kat Kedah.. Aku memang kagum abeh kat Abg DJ ni disebabkan pembawakan dia dan jugak cara dia perform di sepanjang program berlangsung.. Mula dari situ jugaklah aku dok ushar semua event yang dia update kat fesbuk mahupun kat blog dia.. 

Dan aku sangat salute kat Abg DJ ni sampaikan aku sanggup fight bersungguh untuk dapatkan dia sebagai DJ bertugas pada Program Karnival Jalurlebar tempat aku nanti.. Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku salute dan bersungguh-sungguh fight untuk itu... Abg DJ ni sangat sempoi dan memang loqlaq habeh baq hang ! hahaha adeh la...




Abg DJ ni orang Kepala Batas, Pulau Pinang.. Jangan tanya kenapa aku yang dok kat perak ni sanggup nak hire orang Penang.. Awatnya orang kat Perak takdak dah ke DJ yang best camtu ? Jawapan aku satu je --- memang takdak yang macam Abg DJ ni. 

So sapa-sapa yang bakal melangsungkan walimatul'urus dan masih tercari-cari DJ atau PA sistem harga sempoi  boleh la rajin-rajin p terjah terus fesbuk Abg DJ ni.. atau pon p jenguk blog dia.. Diskas sendiri harga apa semua.. Sebut je nama ANAMIZU. Konfem dapat diskaun. Tapi kalo tak dapat, jangan maki hamun berbakoi kat aku pulak naaaa.. kehkehkeh



Ok Dah Selesai

06 October 22 Comments

Alhamdulillah harini setel Program 1citizen Siri 1--Edisi Oktober yang kamiorang jalankan kat SMK Trolak (SEMETRO), Perak.. Bermula 5 Oktober lagi dah kamiorang mulakan sesi hari pertama dengan penerangan 8 Modul Utama dan jugak sesi membuat Portfolio.. Aku sendiri yang mulakan talk pada hari tu... Kali ni 2 kelas jugak yang terlibat iaitu pelajar tingkatan 4 Sinar dan tingkatan 5 Sinar.. 

Seawal jam 8.00 pagi lagi adik² tu semua dah ready dalam makmal komputer SEMETRO tu.. Aku dengan 2 orang lagi member sampai agak lewat 15 minit disebabkan kamiorang tersesat dan tak jumpa cari sekolah SEMETRO tu.. maklumlah tak pernah masuk ke Felda tu sebelum ni.. Tapi alhamdulillah dalam pusing² dok cari tu terjumpa jugak... hehe nerves jugakla aku sebabnye aku yang kena bagi talk pagi tu pastu terlewat sampai pulak kan ? Sampai² je kat Lab Komputer tu, semue mata dah memandang kamiorang,  manenye tak nerves engko ! =P

Tapi alhamdulillah bila dah dapat pegang mic je, haaa tak hengat engko ! Tu pon sipbaik memang aku jenis set masa tiap kali bagi talk -- aku takkan jauh dengan jam. Tak kiralah jam dinding ke, jam tangan ke or even jam kat henfon.. So aku boleh bajet berapa lama lagi aku perlu membebel kat depan supaya tak terover amek masa.. kehkehkeh


4 Sinar

5 Sinar


Cikgu Amir selaku cikgu IT diorang pon sangat memberi kerjasama sepanjang taklimat program dijalankan.. Dan ekceli aku lebih suka program² camni sebabnye :

1-Bertukar surrounding kerja (takdela kena hadap benda sama je)
2-Pengalaman -- bercakap in public, kerja² manual, ad-hoc decision
3-Berkongsi ilmu dengan komuniti luar


Computer Lab SEMETRO ni dah ok -- komputer baru + flat screen cuma :

1-Takde kemudahan internet / wifi / LAN


Aku doakan adik² SEMETRO jadi anak soleh, solehah dan jangan lupa tanggungjawab sebagai pelajar.. Kalo ikot pada apa yang diluahkan Cikgu Amir tentang sikap  kebanyakan pelajar zaman sekarang ni, memang agak membimbangkanlah.. Eventho aku sendiri belom kawen dan belom ada anak, tapi sikit sebanyak aku dah mula terfikir, kalo zaman duaributigabelas sekarang ni pon murid sekolah dah berani belagak dengan cikgu, entah cemanelah nanti sepuluh tahun akan datang.. 


*Apa itu 1citizen ? Klik sini untuk lebih info


Oh Pelisss Lah

04 October 18 Comments





duaribu tigabelas --
bukan sesuatu yang pelik pon kalo org beli brg online.

contoh:

dia ni bekenan kat satu kasut.
jenuh dah pulun cari dalam dunia nyata.
tapi tak jumpak pon yang bekenan.
kalo ada pon -- mahal nak mampos.

dah bila dia jumpa kat alam 'online',
plus dia beli barang tu pulak guna DUIT dia sendiri,
ape relevennya dia nak kena inform atau mintak izin sesiapa ?

"cehhhh dah mcm org kaya je nak beli² online..
memang sengajala takmau bagitahu kan?” –- sinikal.  

pelis la--
positif thinking la sikit bro.
penat lelah dia usaha kumpul duit dia sendiri,
untuk reward diri dia sendiri --
apa salah kiranya ayat tu kasi sikit positif sapot ?


demmm.



************************************

UPCOMING PROGRAMs :


1-Sabtu,Ahad | 5 & 6 Oktober | 1Citizen | SMK Trolak, Perak
2-Jumaat,Sabtu,Ahad | 22,23 & 24 November | Karnival Jalurlerbar | Padang Awam Felda Sg Behrang, Perak



Sibuk Betul

25 September 7 Comments

Minggu ni agak sibuk dengan macam-macam agenda dan program luar.. mula dari isnin dan selasa aku ada program 1 citizen dengan adik-adik di SMK Sg Kruit, Sungkai Perak.. pagi isnin lagi kamiorang (team kerja aku + beberapa lagi rakan lain) gerak untuk handel program One Citizen kat skolah tu.. Untuk sesiapa yang tertanya-tanya apekebenda lah  Program One Citizen (1 Citizen) ni ? Apa itu 1 citizen ? Silalah rajin²kan jari jemari klik ke laman web ni untuk lebih info.

Seawal jam 8.20 pagi kamiorang sampai kat Makmal Komputer skolah tu dan kami disambut oleh murid kat situ yang dah ready tunggu kehadiran kami sebagai fasilitator dorang untuk hari itu.. Untuk hari pertama, nothing much -- cuma perlu setelkan 8 Modul dan selepas tu para pelajar dikehendaki menjawab soalan online -- 45 soalan dalam masa 50 minit dan selepas tu perlu buat 1 portfolio. Tapi untuk hari pertama kamiorang cuma go through beberapa contoh portfolio sajelah untuk bantu adik-adik tu lebih faham..

Hari kedua -- proceed dengan menjawab soalan dan lepas setel je sesi tu terus proceed siapkan portfolio masing-masing dengan bantuan dan tunjuk ajar kamiorang.. Sangat best bila program kita disambut baik oleh audience kita.. 

Rasa sangat heaven bila audience kita bersungguh-sungguh buat--
Bersungguh shoot scene tertentu--
Bersungguh bertanya mana yang tak tahu--

dan alhamdulillah kamiorang dapat setelkan pada tengah hari je untuk hari kedua tu.. so maksudnya takdelah adik-adik skolah tu balik lewat.. Kamiorang tutup program haritu dengan sesi fotografi dengan adik-adik tu semua.. disebabkan ada dua kelas yang terlibat so kamiorang snap ikot kelas memasinglah.. memang happy je semua adik-adik nih.. Terbaeklah korang ! Semoga kalian jadi anak yang baik dan berbakti pada ibubapa masing-masing ya :)



Kelas 4 K


Kelas 4 D




UPCOMING PROGRAMs :

1.Rabu | 25 September | Expert Workshop Jahitan Manik | Pi1M Besout 4, Sungkai Perak
2.Rabu | 25 September | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 5 SK Sri Besout, Sungkai Perak
3.Khamis | 26 September | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 6 SK Sri Besout, Sungkai Perak
4.Rabu | 2 Oktober 2013 | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 1 & 2 SK Sri Besout
5.Khamis | 3 Oktober 2013 | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 3 & 4 SK Sri Besout
6.Jumaat,Sabtu,Ahad | 22,23,24 November 2013 | Karnival Pi1M | Padang Awam Felda Sg Behrang


S.h.i.t

19 September 24 Comments


Aku tak tau lah sama ada aku yang emo ke atau apa tapi ceritanya begini -- entry aku yang sebelum ni pasal aku diuji seawal hujung Ogos haritu. Mak dan abah sakit.. Alhamdulillah semakin pulih walaupon belum sepenuhnya.. Aku masih bersyukur sebab masih ada peluang bersama keduanya..

Apa yang s.h.i.t nya kan ? Sabar. Belom sampai ke part itu lagi.. Abah aku athma itu hari -- aku terus bawak ke Hospital Slim River.. Memandangkan masa aku drop kat emergency area tu kondisi abah memang dah macam nyawa² ikan waktu tu so tanpa perlu banyak kerenah, terus je jururawat lelaki yang kat kaunter tu arahkan aku bawak abah terus ke Bilik Kuning (Pemantauan).. Ok lah sebab nurse terus buat apa yang patut  tanpa perlu banyak soal pon pada aku dan mak.. ok setel part Hospital Slim River.

Lepas beberapa hari, abah aku pitam masa kat kebun sawit milik kami.. Nasib baik waktu tu abang long aku ada balik cuti sempena cuti Hari Malaysia.. Teruslah dia bawak ke Klinik Kesihatan terdekat dalam Felda aku ni.. kebetulan waktu tu hari off day cuti hari malaysia tu so abang aku call nombor siapa yang 'on call' pada hari tu lah..

Rawat abah -- kasi masuk air -- inject sikit -- kasi rehat few hours -- boleh balik.. Esok kena datang semula untuk amek darah (kena puasa start dari malam lah)

Ok kisah s.h.i.t nya bakal bermula di sini -- 

Pagi besoknya selepas kejadian pitam tu, abah aku pegi la sendiri naik motor dia ke klinik kesihatan tu..  sebab tak jauh sangat dengan rumah dan aku kena kerja so tak boleh la nak tolong bawak abah pegi.. seawal jam lapan pagi abah dah pegi.. Punya nak kasi setel awal sebab memang selalunya klinik tu akan pack dengan orang yang sakit macam-macam.. Dari jam lapan abah pon tunggu.. Bila sampai je turn, ok nurse pon bagi lah arahan :


"ok pakcik kena pegi belakang untuk ambil air gula"


Abah aku pon pegi lah belakang. (memang takde guideline langsung lah 'belakang' tu ke mana)
Bila pegi 'belakang', nurse yang situ pulak suruh pegi 'depan' sana untuk bla.. bla.. bla..

Last² sampai jam dah pukul duabelas tengah hari, abah aku pon ringankan mulut tanya nurse kat kaunter,


Abah aku : "ni camne pakcik ni, nak kena tunggu ke atau nak kena datang besok ke camne ni? "

Nurse  : "errrrrr... ala ni pakcik kena datang semula Jumaat nanti ni pakcik"


Nampak tak ? Dari 8 pagi abah aku ditendang ke sana sini, pastu last² bila dah pukul 12 tengah hari -- bila dah orang ramai tadi dah makin surut plus makin clear dah takde orang menunggu giliran lagi dah, baru lah nurse tu nak suruh abah aku mai semula Jumaat nanti.. JUMAAT nanti kena mai balik ? Si abah punya lah puasa dari malam tu -- nak kena amek darah punye pasal..waddehek !

seriyes macam shit je aku dengar bila abah aku cerita masa aku balik kerja petang tu.. aku sendiri pon takkan tergamak nak tendang² customer yang datang tambahlah kalo diorang jenis level abah-abah aku.. 
mana pegi humanity bro ??
ape dah tak boleh berbudi bahasa ke kalo dah keja dalam klinik ??

aku tak tahulah cemane keadaan sebenar kat klinik tu sebab aku memang jenis yang takkan pegi klinik kalo sakit demam ke hape tapi base on ape yang partner kerja aku cerita, memang macam haram jugaklah sistem kat klinik tu.

sebolehnye aku takmau sakit demam. takmau jejak kaki ke klinik tu. hospital tu.
sebabnye ? 
sebab inilah ! 

dah dua kali kena layanan macam shilake ni..
kat hospital slim river itu hari kena satu kali masa adik aku eksiden.
kali ni kat klinik dalam felda aku pulak.



*UPDATED : S.H.I.T yang ni bukan yang mencarut tu tau.

s = seriyes
h = hati
i = ini
t = terluka

haaaa itu yg sebenarnye di sebalik s.h.i.t tu.
bukan mencarut tau.
tak. aku bukan kaki carut.
sungguh.
sebab tu aku tulis style macam ni -- s.h.i.t
maaf kalau ada kawan² yang fikir itu carutan.
kehkehkeh


Sebak Rasanya

08 September 22 Comments

September. Aku diuji seawal ujung Ogos.
Mak demam. Muntah-muntah..
Berlarutan seminggu..
Jamah nasi, muntah.
Air seteguk ditelan, sebaldi dimuntahkan--
Aku dan abah buntu.
Ke klinik sudah.
Ubat-ubatan sudah.
Hanya doa dan tawakal.
Alhamdulillah hari kelapan mak pulih.
Beransur pulih.




Lapan September.
Kali ni Abah. 
Athma --
sekian lama tak sesak nafas,
kali ni abah tewas.
Turun naik dada abah.
Nafas tersekat.
Sekali lagi aku diuji.
Satu-satunya puteri dalam keluarga--
Aku tak pedulikan apa.
Hanya hospital destinasi dalam kepala.


Mak Abah, 
Aku sayang mak dengan abah
seluruh jiwa raga

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mohon,
janganlah Kau ambil mereka
Selagi mana aku belom bahagiakan mereka--




Ajaibnya Kasih Ibu | Agungnya Kekuasaan Allah

28 August 20 Comments

Aku salah sorang insan di antara belasjuta yang jadi stalker tegar pada instagram(IG) Fynn Jamal. Antara belasjuta tu jugak, kami si stalker tegar ini menyaksikan sendiri rentetan -- kronologi Fynn Jamal sekeluarga bertiga.. Mungkin ramai je yang tertanya siapa Fynn Jamal ni??? Personaliti tv channel baru ke ? Artis baru ke? Ohh sila google sendiri.. 

Aku mungkin antara insan yang terlewat ambiltahu tentang kisah hidup Fynn Jamal.. Awal kewujudan IG dulu aku pernah uninstall daripada henpon cabok aku sebab merasakan betapa tak bernilainya instagram bagai tuh dimata aku.

Tapi.. semenjak terbaca tentang 'Bakti Arjuna Fitri' (Juna) kat satu blog ni (blog mana aku dah lupa), aku terus teruja untuk lebih tahu tentang siapa dia? Anak siapa dia? Siapa keluarganya? Bangsawankah dia? Pasal semualah.  Apa yang aku pasti, disebabkan rasa ingin tahu itulah aku dengan tanpa rasa was-was nya terus install semula aplikasi instagram dan juga Keek. Sekaligus. Niat aku waktu tu hanya satu ---- untuk follow Keek dan jugak instagram Fynn Jamal. Untuk lebih tahu tentang Bakti Arjuna Fitri. (Juna)

Terbukti. Memang aku tak puas. Setiap satu gambar di IG Fynn Jamal ada cerita. Caption dia jugak bukan kosong. Siapa yang follow kisah Fynn Jamal dari awal dulu mungkin lebih tahu betapa seninya cara Fynn Jamal meluahkan rasa.. Hidup di bumi orang sangat mengajar Fynn Jamal sekeluarga bertabah.. Disampaikan pulak pada strangers keliling dunia.. Setiap kali aku baca caption gambar dia pasal luahan rasa dia, nak meleleh air mata. sebak sayu semua ada.. 

Ada satu gambar Fynn Jamal up di IG dia --- gambar Juna lena tido dengan bantal Nemo dia. 


Ha ni lah gambar tu. Aku pinjam dari IG Fynn Jamal... Ramailah yang berbalas komen kat gambar tu.. Macam biasalah. Ada positif. Ada negatif. Adatlah manusia.

Aku tertarik pada satu komen ni :


“… Salam alaik semua. Aku org baru di instagram (IG), posting pun tak ada apa lg, tp register je terus cari IG Fynn Jamal. Bahagianya hati bila baca kata² sokongan dari wanita² yang gagah dan luhur hatinya. Utk @the_zana, sabar ya dik. Allah dah janji yang Dia takkan duga kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung kan? Rezeki, ajal maut, jodoh semua rahsia n milik Yg Di Atas. Atas kehendakNyalah semua yg menerima.
@fynnjamal , aku salut dengan luhurnya hati kamu, yang saling berbagi kasih sayang sesama strangers. Kekal selamanya begitu ya Fynn :)

Dalam bahagia yang aku rasa skrg, dulu aku sebenarnya pernah hampir gila. Satu-satunya anak yg aku punya, hilang dilarikan ayahnya entah ke mana selepas p'ceraian kami. B'tahun aku nanar Fynn. Hanya mampu melepas rindu pd baju si kecil yg tak sempat berbasuh.
Tp Allah Maha Adil. Dijumpakan aku dgn mereka berdua di satu tempat yg beribu batu jauhnya dari Malaysia. Ajaibnya kasih ibu, dan agungnya kekuasaan Allah, b'tahun tidak bertemu, dia(si anak) pantas mengenali aku sebagai ibu yang mengandungkan, melahirkan dan menyusukan dia. Seluruh kawasan gempar melihat si kecil yang tidak putus² berteriak mummy sedang tangan si ayah cuba menariknya pergi. Benarlah doa yg t'aniaya tiada hijabnya.

Drama itu dikesan pihak b'kuasa yang kebetulan sedang meronda, & alangkah ajaibnya, di sebuah negara yang Islam bukan agama utama, aku dijumpakan dengan anakku tanpa banyak bicara, dilayan dengan penuh mesra malah dihantar ke pejabat kedutaan kita utk diuruskan kepulangan kami b'dua ke Malaysia.

Sedang si ayah dibawa ke balai kerana disyaki menculik anak sendiri.
Nampakkan kasih sayang Ilahi di sini, sahabat² semua? Insya Allah, kita tidak akan mati tanpa cinta dari manusia, tapi hidup tidak akan ada erti tanpa cinta dr Ilahi. Jadi aku pinta pada semua wanitaku yang sedang diduga di luar sana, percaya pada Rabbimu. Dia Yang Maha Mendengar, Dia Yang Maha Memberi. Akan tiba masa, kalian beroleh sinar bahagia, seperti aku yang kini bahagia b'sama si kecil yang sudah 9 tahun usianya…”



Subhanallah betapa besar kuasa Allah. Dipertemukan ibu dan anak yang terpisah. Di bumi yang bukan Islam agama utamanya. Benarlah kasih ibu tak ada taranya.. Dan aku yakin, komen begini memang membantu ramai wanita yang diuji diluar sana rasa bersyukur apa adanya dengan apa yang ada sekarang. Kalau nak dibanding dengan insan lain yang lebih perit deritanya. ujiannya. Harus sedar kita masih beruntung.. Sama² doakan kita sama² bertabah. InshaAllah masa bahagia kita akan tiba. Yakin :')





Alkisah Bonikacak, Umi Qi Dan Anastasyea

24 August 21 Comments


Ehem ehem testing one.. two.. three.. Aku nak tujukan entry ni khas untuk beberapa rakan blogger yang memberi bantuan untuk tolong setelkan masalah diary kecil aku ni yang tak terindeks entrynye tu.. huuuu ~ Macam yang aku dok kalut sedih dalam entry sebelum ni tu la kan.. Mana tak sedih.. Awok dok elok update setiap bulan tetibe bile sedar²  tengok last updated lima bulan lepas. Ha mane tak sedih engko ! 

Berbalik pada entry khas macam aku kata taip awal tadi.. Okeh secara spesifiknya masa aku dapat tawu blog ni bermasalah pasal feeds tu, aku direct je pm Encik Boni Kacak yang sememangnye kacak ittew.. ahakss  konfem kembang payung la jap lagi si Boni nih.. kehkehkeh... Aku direct je ngadu kat Boni pasal masalah ni dengan harapan akan adalah jalan petunjuk untuk aku setelkan masalah ni.. Dan sememangnya aku tak salah lagi dengan memilih Boni.. Walaupon Boni bukanlah secara langsung tolong setelkan masalah ni.. Belom setel lagi.. Ada lagi kesahnye.. ahakss.

Okeh lepas je buat sesi aduan bertulis pada Boni, tanpa perlu beratur panjang dan tanpa perlu ternanti² terus je Boni reply dengan sepantas kilat.. Err bukan. Bukan reply camne cara untuk solve problem ni directly. Boni bagi satu link fesbuk ni untuk aku refer pada kakak cantek sorang ni (Umi Qi) sebabnye kakak cantek ni pernah mengalami masalah yang sama macam ape yang jadi kat diary kecil aku ni.. So aku pon dengan muka tak malunya teruslah attack kakak cantek si Umi Qi tu.. Cuma kali ni aku tertunggu jugaklah sehari dua sebabnye takde respon dari Umi Qi.. Tapi takpelah mungkin masa tu masih sibuk dengan mood raya kan. So aku dengan tabah dan sabar menunggu respon dari Umi Qi. Dengan harapan akan adalah sinar kebahagian untuk aku kembali memulihkan diary kecil aku ni.. Alhamdulillah besoknye aku dapat respon dari Umi Qi dan dia sangatlah faham ape masalah aku, cuma katanya masalah dia sebelum ni entry dia tak terupdate pada bloglist dalam masa 2--3 hari je tapi aku punya kes sampai 5 bulan engko ! Pastu Umi Qi terus bagi link entry dia camne untuk setelkan problem ni dan semoga dapat membantulah katanye.. Aku pon dengan bersemangat waja  terus terjah link tu..

Hermm tapi agak kurang luck kat situ sebabnye aku kurang berjaya untuk memahami segala step yang ada kat entry tu dan memandangkan aku rasa kalo aku proceed buat macam-macam, jadi lain pulak karang masalah aku ni kan ? Maka sekali lagi dengan muka tak malunye aku terjah email kakak cantek sorang lagi (Kak Anastasyea)... Aku terus email apa masalah aku -- bla... bla... bla ape semua..

Alhamdulillah sepantas kilat jugak kak anastasyea bertindak.. Pantas giler kak anastasyea nih ! Tup-tup je aku tengok entry latest blog aku yang dah terindeks adelah yang bulan Julai lepas punya.. Maknanye dah ada perubahanlah kalo sebelum ni cuma yang bulan Mac punye je.. Dan itu jugak membawa maksud blog aku ni belum fully recover lagi lah dari sakitnye.. adehhh ~

Tapi...

Ha ade tapi nye tu..

kak anastasyea cakap benda ni amek masa sikit untuk robots crawl semula semua entry aku.. Tunggu lagi dalam sehari dua nanti kak anastasyea akan double check tengok cemane..

Kesimpulannye, aku nak berterima kaseh pada Encik Boni KacakUmi Qi dan jugak Kak Anastasyea sebabnye sudi respon dan beri bantuan pada aku ni ha.. Pada hal bukan kenal sangat pon kan ? Tapi itulah salah satu keypoint kenapa aku suka dalam berblog nih --

Semoga ukhwah terjalin bukan hanya disini.




UPDATED : blog diary-kecilku dah fully recover dah. Alhamdulillah Ya Allah :)

"... Kau limpahkanlah rahmat dan anugerahMu kepada mereka yang telah 
banyak membantuku..sesungguhnya budi mereka amat besar Ya Allah... "





Apakah Ini Salahku ?

23 August 14 Comments


Okeh aku dah dapat balik tune untuk menulis / berblog.. Tahniah untuk diri sendiri hahaha.. Alhamdulillah phewww ~  sebelum ni dah macam suam-suam kuku je disebabkan macam-macam hal yang lebih penting perlu aku setelkan sampaikan nak bercerita kat sini pon rasa malas je.. Cehhh macamlah ada yang kesah sangat pon aku hapdet ke dak blog ni.. hahaha hadoiyai --

Hermm tapi ada pulak yang buat spoilt bila mood berblog dah mai.. Macam biasala bila mood berblog ada, pastu rajin pulak terjah p rumah orang laen, pastu tetiba aku tertengok la kat satu bloglist kawan blogger sorang ni.. Aku tengok link blog aku (diary-kecilku) last updated 5 months ago.. Lima bulan lepas wey !!! Pada hal aku ada je hapdet 2--3 entry tetiap bulan.. Entry aku paling last updated mengikut apa yang newsfeed tu tulis adalah entry pasal "Merambu Ayaq Mata" ..  Tu cerita bulan Mac dulu ! Memang dah lima bulan la cerita tu.. adoila...



Pasaipa la buleh jadi lagu ni ? Apa aku ada buat salahke kat blog aku ni ? Apakah disebabkan mood aku yang suam-suam kuku menghapdet sebelum ni maka google / blogspot telah menjadikan ini sebagai satu denda ? Adeh awat jadi ceni ni ? Uwawawa tolong wey sesapa ada pengalaman pasai ni :'(

Adeh sesapa taw pasaipa benda ni jadi camni ni ? Tolong la habaq mai sat nak kena wat camna nih nak bagi pulih balik.. Memang merambu la ayaq mata aku kalo dok hapdet tapi kat list kengkawan blog aku last updated 5 months ago.. Uwawawa mohon bantuan T_______T





Apalah Erti Tanggungjawab

16 August 20 Comments



Mrs R : "... errr sori... semalam lagi dah asyik cirit birit. ingatkan ok la arini. sat lagi hasben nak bawak p klinik so boleh tak nak MC arini ? maaf ye tak disengajakan.. malam tadi nak cakap tapi memang tak sedar ape.. dan ingtkan pagi ni akan ok tapi tak ok lagi.. Maaf ye.. "

Mr M : "..hurmmm.. dah cuti 8 hari pon masih nak MC pulak lagi.. hurmm bila sampai turn aku cuti je mesti ade je hal nye.. hurmm tensionnn betol la gini.. "


Ni mesej dari wassap salah sorang member kerja aku.. situasi dia si Mrs R tu baru je kawen dalam beberapa bulan lepas.. yang Mr M pon dah kawen.. Dah lama la kawen.. Kira otai la.. Dan dah ada family sendiri ada anak-anak.. Kes ni jadi lepas dah start masuk kerja semula lepas cuti Raya aritu la.. 

Kesian pulak bila aku baca.. seriyes macam shitt jugakla perangai camtu.. mahap cakap la. aku bukan buleh kalo bab² cuti tetibe last minit camni.. takyah bohongla. konfem sesape je akan jadi bengang bila kena camni.. dah la sehari sebelum raya dah memang dapat off day.. plus lagi cuti 5 hari lepas raya.. dah jadi enam hari.. pulak tu boleh plak bagi alasan sakit perot lah pulak pepagi hari yang sepatutnye time tu turn engko yang sepatutnya kena kerja.. hey kemon la. orang lain pon ada hasben ada wife ada anak-anak jugak.. 

Manusia jenis ni kadang tu memang aku sendiri rasa kecik besar kecik besar je budak ni.. Boleh nak bermalas-malasan bukan takleh.. Kalo engko jenis --- kerja sendiri tuan, sendiri kuli ha amek la nak buat cemane skalipon takde orang nak hangin nye.. Ini kerja dalam company. Under orang. Dah tu pulak memang berdua je staff nye.. sepatutnya kena tolerate la sikit.. Jangan fikir nak lepas tekak sendiri je.. 

Tapi bilamana nama dia MANUSIA memang macam² ragamnye. Banyak je spesis yang camni.. Jenis bila mula je dapat cuti pastu bila time dia dah sepatutnya masuk keja mula la buat baloq liat.. Ha itu jam memang muncul la macam² dia punya alasan.. Phuiii ~ kehkehkeh




Aku,Guwa Dan Dia

13 August 10 Comments


Ramadhan dah pergi.. Tak tahu dapat peluang bertemu Ramadhan lagi atau tak nanti.. Aidilfitri pon dah membawa ke enamtujuh hari.. Anak cucu menantu pon masing-masing dah pulang ke tempat mencari rezeki.. InshaAllah ada peluang nanti bertemu lagi..

Phewww dah macam pantunduatiga kerat pulak aku rasa.. hermm dah berapa lama aku tinggalkan diary kecil aku ni.. Recall balik masa memula aku join blog ni dulu.. Cewahh nak recall konon macamla ada yang kesah entah..Tapi aku nak cakap tulis jugak.. sebelumsebelumsebelum ni aku lebih prefer guna kata ganti diri 'guwa' sebabnya aku rasa bila guna 'guwa' tu aku lebih mudah untuk menyampaikan.. lebih mudah untuk aku bercerita.. Pastu jugak aku rasa mesej tu lebih ringan untuk sampai pada pembaca.. 

Tapi sebenarnye.. bukanlah sejak azali dalam blogging ni aku guna 'guwa' tu.. Masa awal² pembabitan aku dulu aku memang lebih banyak gunakan 'aku' sebab memang rasa macam bercerita la.. Tak lama pastu baru aku mula guna 'cik ana' sebagai kata ganti nama sebab bunyi dia macam sopan + ayu gittew.. hahaha ! Pastu cuba menyesuaikan diri menggunakan 'guwa' sebab masa tu fenomena filem gensgter kat Malaysia.. itu jam memang lu--gua--lu--guwa la.. Sampaikan aku siap buat special entry berkisar Gengster pada masa tu.. Err pastu bile aku re-check rupa²nya ada duatigaempat rupanya entry berkenaan gengster nih.. Pastu pulak feedbacks dari kengkawan blogger kemain lagi la hai buat aku senak perot bace.. lu orang memang cool habes arrr ! 



Entry gengster aku habes kat situ je.. tetibe rasa macam nak sambung episod kelima plak.. ahakss ! Errr tapi.. tapi.. tapi apa pon kata ganti nama yang kita guna, selagi orang tak kenal kita bebetol, memang takkan tahu siapa kita yang sebenarnye.. kasar ke lemah lembut ke sopan ke tak sopan ke... Dan aku sangaaaaat admire blogger yang jenis misteri² ni.. Errr maksud aku misteri jenis tak tempek gambar dia bebanyak kat blog dia.. Pastu godekla semua entry dia memamg takkan jumpa sekeping pon gambar dia yang nampak muka sebenar dia.. Haaaaaa penulis / blogger jenis gitu buat aku jadi lebih nak tahu siape lah die ni sebenarnye.. ahaksss ~ Salam Aidilfitri semua ! Maaf segala salah silap =) 




Jangan Biarkan Mereka Sendiri

27 July 4 Comments


Ramadhan dah sampai ke tengah.. alhamdulillah masih dapat berpuasa dan berbuka dengan keluarga.. aku memang takkan berhenti bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.. walaupun masih banyak je kurangnye kalau dibandingkan dengan orang lain tapi aku cukup bersyukur.. 

Aku bersyukur sebab aku masih ada peluang bersahur dengan makanan hasil air tangan mak aku.. 
Aku bersyukur sebab aku masih ada peluang berbuka puasa hasil belian beberapa juadah oleh ayah aku..

MAK dan ABAH --- ini yang paling buat aku bersyukur.. 

24 Julai 2013 haritu Team Kerja aku decide untuk berbuka dengan adik-adik dari Rumah Amal Baitul Mahabbah, Tanjung Malim.. seminggu sebelum tu aku dengan partner aku (Cik Ida) dok sembang pasal rumah anak yatim.. pastu aku pon luahkan kat Cik Ida kan best kalau kat area sini ada rumah anak yatim pastu kita boleh buat macam #Baju Raya Project yang Radio Era buat tu.. 

Pastu kami sama-sama teringat pasal ada satu Rumah Anak Yatim kat area Tanjung Malim.. area yang kami agak familiar.. kami pon buatla research sikit tentang rumah anak yatim area Tanjung Malim tu.. dengan izinNya dapatlah kami kontek Penyelia Rumah Amal Baitul Mahabbah --- Ustaz Hazan.. pastu kami pon arrange la masa dan tarikh untuk buat masjlis berbuka dengan adik-adik kat sana.. 


Kami kumpulkan sikit dana hasil sumbangan dari Team Kerja kamiorang pastu ditambah sumbangan peribadi dari beberapa rakan lain pastu kami pon gerak ke sana.. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan kami dapat selesaikan majlis dengan berkat rahmatNya.. 

Tersentuh hati bila tengok adik-adik kat situ kecik-kecik lagi dah berdisiplin.. Tak kira dari segi kebersihan diri, hormat tetamu, disiplin dan adab sebelum dan selepas makan... Semuanya terdidik.. Salah sorang dari Team Kerja aku cakap kat adik tu :


kakak :  Dik.. amek la nasik.. jap lagi kan nak berbuka dah..
adik tu : Takpe kak... kami berbuka makan yang ringan dulu.. (kurma + minum air)


Rasa nak menitik air mata bila adik tu jawab camtu.. kalau kat rumah selalunya budak camtu kemain lagi amek makanan macam tak makan bape lama kan.. menggunung tinggi makanan depan mata.. Tapi kat Baitul Mahabbah ni disiplin diorang terdidik molek.. 


Lepas je azan maghrib, masing-masing pon jamah kurma dan air pastu terus bangun untuk solat magbrib dulu.. Selesai je bagi sumbangan pada diorang, kami pon gerak balik.


*Baitul Mahabbah sangat memerlukan sumbangan Van (untuk pengangkutan anak-anak ke sekolah)

*sesiapa yang ingin memberi sumbangan boleh terus berhubung dengan Ustaz Hazan (019-559 5778) atau terus bank in ke no akaun MBB Ustaz Hazan (5580 88003460)



Jangan Lupa Bersyukur

13 July 6 Comments


Alhamdulillah sekali lagi kita diberi peluang bertemu Ramadhan pada tahun ni.. dah setel 3 Ramadhan kita tempuh.. untuk harini esok dan seterusnya belum tahu lagi.. moga-moga ada peluang kita.. aku bersyukur sangat disebabkan aku dapat bekerja dan bermastautin dalam kampung halaman aku sendiri.. Tahu tak makna dia apa? Maknanya aku tak perlu susah-susah stuck dalam traffic jemm tiap kali balik dari kerja, aku tak perlu susah hati nak fikir berbuka nanti nak beli lauk ape dan yang paling heaven adalah aku jugak tak perlu fikir apa lah menu untuk bersahur nanti .. 

Itu semua aku tak perlu fikir sebab aku ada Supermom yang hebat dalam segala hal.. Aku cuma perlu jadi assistant je.. kehkehkeh.. memandangkan aku duduk dengan family, perkara-perkara tu semua aku tak perlu serabut nak fikir.. Aku memang tak sanggup nak bayangkan andainya aku kena bekerja kat kawasan-kawasan sesak di Selangor atau KL.. Perhh sesungguhnya aku tak sanggup.. Balik kerja je kena tempuh jemm.. sampaikan kadang tu terpaksa berbuka puasa dalam kereta je.. 

Walaupon ramai je kawan-kawan aku tanya :



"weyhh hang tak boring ke asyik dok dalam kampung je? "
"dah la belajar sampai habeh skolah dalam kampung,
ni bekerja pon kat kampung ? "



Pada aku, aku masih bersyukur. Biarlah apa orang nak kata yang penting aku selesa dengan apa yang aku hadap sekarang.. Yup memang kadang-kadang ade je terasa bosan bila time aura bosan tu datang tapi Alhamdulillah DIA sentiasa ada je tunjuk jalan terbaik untuk hambaNYA :)







Jantina

05 July 2 Comments

Kes adik aku si Aiman exiden aritu pada aku cukup mengerikan.. mane taknye habeh bercalar balar sana sini.. sememangnyelah malang tak berbau.. kalau lah malang tu datang dengan bau nescaya ramai yang akan request untuk dia datang dalam bau-bauan yang harum lagi mengasyikkan contoh macam bau beger bakar abang burn ke.. perhhh seriyes aku tak pernah rasa lagi beger bakar abang burn ke atau abang sesape lah.. kat area aku ni baru je ada satu tempat tu kat area Bidor, Perak yang buat stall beger bakar ni.. nanti aku  nak kena p try jugakla nampak gaya sebab aku tak puas hati tengok kengkawan kemain dok up gambar tengah cantekkk punya nganga mulut nak telan beger bakar tu.. telan ayaq lioq aku tengok T______T

Berbalik pada tajuk entry aku.. Aku nak cakap pasal jantina sebenarnye.. Pada aku jantina memainkan peranan dalam penerimaan tahap kesakitan.. maksud aku tahap sakit yang mampu ditahan untuk perempuan dan lelaki adalah berbeza.. memang pon berbeza kan? contoh senang dalam kes adik aku si Aiman tu la.. kalau lah aku sebagai perempuan ni yang exiden tahap camtu aku konfem memang dok meleleh sesaja air mata sebab takleh tahan sakit.. Tapi disebabkan adik aku adelah lelaki maka dia lebih mampu tahan kesakitan tu atau dengan erti kata mudahnya ego dia lebih tebal untuk tahan sakit.. konfem lah dia takkan menanges camne aku akan nanges kalau aku yang cedera bercalar balar camtu.. Tak anak jantan arrr kalo dia lelaki nak nanges setakat luka camtu kan ? =P

Aku ni pulak ekceli masa kekecik dulu jenis lasak jugak kalo mengikut penceritaan mak aku la..semua jenis permainan budak zaman 80an 90an aku main.. tak kira lah main tuju tin ke, baling selipar ke, konda-kondi ke, wall climbing versi budak kampung ke, main tanah pon iye jugak.. dah kalo duduk kampung memang takleh lari la dari main kotor selut apa semua tu.. jatuh luka tu pun kira normal lah.. tapi mak aku cerita aku ni dulu memang jenis yang tak reti telan pil.. bila telan je konfem muntah.. muntah bukan memain pulak tu. habeh segala isi perut keluar.. pada hal nak kena telan pil anti mabuk naik kenderaan je pon yang saiz dia alahai cenonet je.. sampai umur duabelas tahun gak la aku ni tak reti telan pil.. kalo ubat air buleh lagi la sebab buleh telan lelaju je dia masuk tekak.. tapi sipbaik dah masuk sekolah menengah aku dah reti telan pil.. pil pertama aku telan adelah panadol yang biasa tu.. sebab masa tu aku pening kepala sangat masa nak balik kampung kot kalo tak silap dan masa tu belum ada lagi actifast ke soluble ke.. yang ada panadol biasa tu je makanya dari situ lah aku start reti telan ubat-ubatan yang jenis pil / tablet / kapsul ni semua.. kalo tidak memang mabuk kenderaan la aku seumur hidup.. dan rupa-rupanya mabuk kenderaan aku dah  hilang masa aku start sekolah menengah kot.. kalo tidak dulu pantang tercium bau kereta je konfem aku muntah dah.. belum aku masuk lagi dalam kereta tu.. hahaha punya terok aku masa tu!

Tapi adik aku si Aiman ni pulak memang fail kalo kena makan ubat jenis cecair.. habeh dia muntahkan segala isi perut dia kalo kena telan ubat cecair.. haishhh tetukar pulak dengan kakak dia nih =P