Disable Blue Ticks on Whatsapp

05 December 33 Comments

Semenjak Whatsapp melancarkan kewujudan Blue Ticks pada mesej yang telah dibaca oleh si penerima, ada pro n cons nya kan ? Benda ni nampak macam kecik je ni. Ape lah sangat setakat Blue Ticks tu. Hey ada manusia yang boleh bergaduh besar hanya disebabkan spender biru tanda biru tu tau! kikiki =P  Golongan berkaseh lah terutamanya ye dok? Boleh jadi issue besar wo kalau dah blue ticks tapi tak reply. Pada hal entah kawan tu tengah ada hal ke, nak terberak ke opssss =P hahaha

The only group of people that were excited about the blue ticks were probably the ones who came up with it, and a bunch of overprotective girlfriends / boyfriends.
Guessing that you're here because your life has become a sea of "WHY NO REPLY ME AH?!", we thought we'd share this with you.

The first step is to get the latest APK file from WhatsApp:

1.Download the latest (version 2.11.444) WhatsApp apk from the official website.

2.On your Android phone, go to Settings > Security > Check Unknown sources, to enable installing apps from outside Google Play. Note that the exact path to the setting can vary depending on your device manufacturer and Android version - the important thing to note is that you enable installing apps from unknown sources.

3.Open the apk on your Android phone. This will install the latest version of the app on your device.

Once the app is installed, here's how to disable read receipts:

1.Open WhatsApp.
2.Now go to Settings > Account > Privacy.

3.Uncheck Read receipts.


Senang je. Uncheck receipts. Takde lagi blue ticks yang menjadi batu api engkau berdrama swasta berperang mulut tak berkesudahan dengan kekasih hati tu =P


Done ! Shopping RM1212 At Lazada Malaysia [Contest]

04 December 36 Comments

Andai kata aku diberi peluang untuk shopping RM1212 at Lazada Malaysia, memang panjang berjela list aku sediakan.. Bukan sikit nilai tu pada aku. Memandangkan Lazada akan menawarkan harga barang yang berpatutan dan diskaun yang hebat terutama pada 12 Disember 2014 akan datang kerana dijangka akan ada ONLINE REVOLUTION SALE selama 1 hari dengan pelbagai tawaran menarik.

*klik banner untuk join*

Lazada Malaysia akan mengadakan 1 blogger contest iaitu buat 1 post tentang apa yang boleh dibeli di Lazada Malaysia jika ada RM1212 sempena tarikh 12/12/2014 tu.

Ini sangat menarik perhatian. Siapa taknak kalau dapat peluang dapat shopping kan?

Senarai Hadiah :


Tempat Pertama : RM 200 Cash
Tempat Kedua     : RM 150 Cash
Tempat Ketiga     : RM 100 Cash
Tempat Keempat: RM 50 Cash
2 x RM50 shopping voucher.  

Sebelum kita membeli jom kita intai dulu cara penyertaan untuk menang contest ini!

Cara penyertaan :
1.Buka website Lazada Malaysia : http://www.lazada.com.my/
2.Pilih mana-mana produk pilihan dalam website Lazada tetapi jumlah semua barang tidak melebihi RM1212. (Boleh pilih lebih dari 1 barang)
3.Copy link url product dan letak didalam post/entry (Link boleh klik)
4.Nyatakan sebab memilih produk tersebut. (Simple je)
5.Boleh letak gambat product/screenshot dari website Lazada ( optional )
6.Tajuk post / entry : Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]
7.Letakkan banner diatas dalam entry/post.
8.Letakkan caption dibawah dalam entry.

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Sale Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

Antara barang yang menduduki top 3 dalam wishslist aku adalah :

1. Huawei MediaPad  [RM769.00]

 
Kalau dapat beli Mediapad ni lebih memudahkan aku untuk ziarah blog kawan² memandangkan skrin dia 8inchi. Nahhh puas nak mengadap. Ditambah pulak dengan berat dia yang hanya 329gram saja. Sangatlah ringan. Maka makin keraplah aku boleh terjah blog kawan² hehehe.

2.MIDEA Washing Machine [RM299.00]

Haaaa untuk part washing machine ni, aku nak belikan special untuk bagi mak aku memandangkan mesin yang ada kat rumah sekarang ni asyik problem je maklumlah dah 4 tahun dia berjasa membasuh segala kain baju. Aku prefer washing machine yang semi auto sebab kita boleh control sendiri bila untuk buang air dia kalau selagi air tu tak hitam kotor sangat. Takdelah membazir. Kena jimat air demi masa depan. Dah la tempat aku ni selang sehari je mesti bekalan air terputus sobsss sobsss

3. Elba Stand Mixer [RM133.00]


Jeng jeng jeng... Mixer ni dah lama jadi barang idaman aku. Senang nak mix segala bahan. Kalau kawan² punya befday ke hape pon boleh buat sendiri je kek ke tart ke hape. Terjamin lebih sedap maklumlah buat dengan penuh kasih sayang. kehkehkeh =P

So itulah dia barang² yang aku teringin nak beli kalau aku diberi RM1212 for shopping at Ladaza Malaysia! 

3 barang dengan jumlah :
RM769.00 + RM299.00 + RM133.00 = RM1201.00
Ada balance lagi RM11.00

Berhemah tak aku dalam membeli?  Wehuuuuu~  =P

Pemenang akan dipilih secara random melalui Google Carian  (tidak semestinya pada page pertama) dan URL yang diletakkan di ruangan komen ini . 6 pemenang bertuah akan memenangi shopping voucher dan cash. 

Syarat-syarat penyertaan:


1.Harga barang tidak melebihi RM1212
2.Sila letakkan link blog di ruangan komen. (Peluang menang lebih besar)
3.Pemenang akan dipilih secara random tetapi jumlah harga barang yang melebihi RM1212 akan dibuang dari penyertaan. 
4.Contest ini hanya valid jika terdapat lebih dari 20 penyertaan, so sila ajak kawan-kawan untuk join :)


Contest ini berlangsung sehingga 12 December 2014. Jangan lepaskan peluang ini! 


Diterima Jadi Penaja | Segmen : Zaman Persekolahan

03 December 55 Comments

Segmen anjuran Cik Balqis. Ramai para sponsor terlibat dan aku salah sorang antara yang ramai tu.. Alhamdulillah penganjur sudi terima. Sebanyak 66 pemenang bakal terima hadiah-hadiah menarik ! Berlangsung selama sebulan bermula 1 hingga 31 Disember 2014. Pemenang bakal diumumkan pada Januari 2015. Haaaa tunggu apa lagi? Moh kite !

 Klik banner untuk join 


1. Pilih satu nombor sahaja, iaitu antara nombor 1 hingga nombor 20.
2. Ceritakan serba sedikit berkaitan diri anda mengenai nombor yang anda pilih.
3. Gaya dan persembahan cerita anda terpulang pada anda sendiri, asalkan menarik perhatian pihak penganjur iaitu Cik Balqis.

    

    
Aku pilih karakter nombor 8 tu. Aku memang jenis suka bercakap. Tengokla nombor 8 tu sakan kemain dok sembang kencang dengan member sebelah. Bukan peduli dah jadi apa kat orang lain.. Aku dari zaman sekecik anak lagi dah memang jenis join segala aktiviti baik dari segi menyanyi, syarahan, pidato mahupun berkhemah pun aku tak ketinggalan. Dalam kelas dulu aku punya lokasi selalunya memang kat area belakang je. Tak suka dok depan-depan. Gengster la konon kot bila dapat dok belakang tu hehehe.. Tapi senakal² aku pon result aku maintain top 5 dalam kelas *angkat-angkat kening*  =P

Karakter aku jugak agak boyish masa zaman sekolah dedulu. Pantang ada yang buat silap sikit kat aku memang kena la. Aku pernah bertumbuk dengan budak lelaki kelas aku disebabkan dia kutuk mata aku sepet sebelah. Dia dok ejek² kata aku kuat skodeng orang lah itu lah inilah, tu sebab mata jadi camtu katanya. Pada hal memang keluar je dari rahim mak aku, mata aku dianugerahkan cenggitu. Aku memang cukup pantang orang ejek atau perli melibatkan mata aku. Kalau tanya elok² aku takde hal pon nak bagitawu. Tapi bila dah melebih² haaaaa tu makan dia penumbuk sebijik.. Ekceli spontan je masa aku hayun penumbuk kat dia tu. Satu kelas aku terus terdiam masa tu sebabnya tu first time lah pon aku mengkasari kaum lelaki dalam kelas aku tu.. Selama ni aku buat pekak je. Cuma perang mulut je la banyak.. Dah la makan penumbuk, aku siap tazkirah lagi masa tu. Amek peluang di saat kelas aku sunyi sepi semua tunduk je masa tu dengar hehehe  Tapi lepas makan penumbuk tu, member lelaki tu jumpak aku personal dan betul² mintak maaf sebab ejek aku. Terus jadi kamceng lepas tragedi tu kikikiki tapi sebulan lepas tu dia pindah sekolah lain sebab ikot parents dia cikgu kena berpindah. Lost contact terus masa tu.

Nakal aku jenis ada disiplin la tapi. Aku hormat cecikgu. Aku nakal on my very own ways. Bukan nakal yang jenis langgar disiplin huru hara sana sini.. Bila masa cikgu ada dalam kelas mengajar, memang tekun je konon khusyuk habeslah dengar. Bila cikgu tu melangkah keluar je dari kelas, tudia bergegar 1 floor tu kami punya berjimba dalam kelas tu. Aku ada Geng aku sendiri masa zaman sekolah dulu. Siap ada nama -- Buddies of Eleven (yang baju merah tu lah Geng BOE aku dedulu sebab kami 11 orang dalam team tu. 6 orang member lelaki dan 5 orang perempuan. Apa saja aktiviti sekolah buat, kami takkan miss satu pun. Bersaing pon secara sihat eventho kami yang 11 orang tu lain² unit beruniform apa semua. Memang susah senang bersamalah masa tu. Sampaikan Geng BOE aku ni pernah dibenci oleh budak-budak lain dalam kelas aku tu. Dorang menyampah kot tengok kami harmoni gila. Yelah haters ni kalo kita buat baik pon, memang buruuuuk aje lah di mata dia.. 

Dalam 11 orang Geng BOE tu, hanya tinggal 5 lagi yang masih single mingle termasuklah aku ni ha. Pastu aritu tetiba bebaru ni, member lelaki yang aku tumbuk tu ada add aku kat fesbuk sebab suggested by salah sorang frenlist aku.. Terkejut gak aku masa tu sebab dia pm aku dan tanya aku kenal tak dia siapa. Jenuh aku flashback semua folder memori aku sipbaikla ada 'satu' password yang terus reflect pada dia. kikiki =P

Ehh TERpanjang pulak dah. Jangan risaulah sekarang aku dah tak pernah tumbuk orang. Aku tumbuk sambal je sekarang ni hehehe






Dil Hai Tumhara

03 December 26 Comments

Dil Hai Tumhara

Cerita ni released tahun 2002 dulu.. Masa tu memang tengah laris cerita Hindi.. Stesen TV tempatan pon berlumba tayangkan slot hindi masing².. Aku tengok cerita ni sebab ada Arjun Rampal, Preity Zinta, Mahima Chaudry dengan Jimmy Shergill tu.. 

Plotnye in love pada lelaki yang sama tapi ada lah salah sorang tu nanti sanggup berkorban untuk bagi sorang lagi tu bahagia.. Pada hal dalam hati, dia je lah yang tahu betapa sedihnya nak berdepan dengan benda tu semua. Dalam masa yang sama ada lah watak sampingan nanti akan cuba menyelematkan keadaan. Tapi berjaya tak? jeng jeng jeng..

Malam ni bakal ditayangkan kat TV2 jam 10.00 malam.. Siap sedialah tisu berkotak.. Konfem merambu air mata nanti kehkehkeh =P

Ini mesti Amy J suka.. Hindi is one of her feveret kehkehkeh =P  Kemon Amy J, malam ni jangan lupa 10.00 malam only on TV2 hehehe





Di Hari Persandinganmu

02 December 34 Comments


    

Ini kalaulah si N tahu aku pernah share pasal dia kat sini mampos aku kena bantai nih T___T Hurmmmm aku kesian dan sedih sebenarnye bila N kena hadap ni semua.. Dulu aku pernah kongsi pasal kisah si N ni.. Dah macam boleh jadi novel sebabnye ada Part I , Part II dan jugak kalini masih berkisar tentang N.. 

Ini hasil kerja member kerja aku la ni -- dia risik-risik kat si N pasal nama dan fesbuk si perempuan tu tapi N takmau bagitawu so nak taknak disebabkan susah sangat si N nak bukak mulut, member aku tu pon stalk fesbuk si kakak pengantin lelaki tu.. cari punya cari punya cari naaaahhh dapat! Pastu member aku ni dok update la kat aku pasal apa saja new updates kat status si perempuan tu.. Hurmmm aku dan member kerje aku tu pesan kat N takyah buat benda yang menambahkan lagi sakit hati dia.. Better bawak diri and move on je.. Biarlah kami ni je yang amek tawu kesah Pengantin Baru tu buat masa ni.. Aku ni pon takdelah nak sibok sangat stalk life orang ke hape tapi disebabkan member kerja aku rajin nengok fb perempuan tu, so dia pon keep sharing latest updates pasal kes persandingan ini. Aku layankan je la kehkehkeh =P

Dalam sepi ku terbayang
Wajahmu bermain di mataku
Lantas bercucuran air mata
Berlinangan di pipiku

Mengenangkan peristiwa
Di suatu masa kita berdua
Bermesra dan saling menyinta
Namun berpisah jua akhirnya

Betapa pedih betapa pilu
Melihat engkau berdua di situ
Bersama duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu

Burung-burung pun turut berkicau
Menyanyikan lagu indah
Sanak saudara sekelian yang ada
Semua turut gembira

Selamat kuucapkan padamu
Semoga kau bahagia dengan pilihanmu
Selamat ku pinta izin pergi dahulu
Membawa diriku ke alam baru

Selamat wahai pengantin baru
Semoga bahgia ke anak cucu
Selamat tinggal Oh sayangku
Semoga gembira selalu

Pernah dengar lagu Di Hari Persandinganmu ? Penyanyi asal adalah Yunizar Hussein tapi aku lebih suka versi nyanyian Azharina.. Lebih 'keras' dan lebih 'pedih' bunyi ton suara yang versi Azharina tu.. 


Note #1 : aku share pasal ni bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak cuma untuk peringatan aku sendiri.. Mana yang positif kita ambik simpan atau jadikan contoh. Mana yang negatif tu sila letak tepi.. Aku macam dok terbayang lama dah kejadian sebegini.. tak mustahil suatu hari nanti mungkin aku bakal hadap situasi macam si lelaki itu.. KELUARGA. No choice other than harus akur. wuwuwuwu aku sedih lagi teruk sebenarnye daripada N sedih bila pikir pasal tu pada hal benda entah iye entah tidak kan sebab belom berlaku wahahaha sobsss sobsss

Note #2 : Encik Boss, terima kaseh sebab sudi nengok kan kami-kami ni even dari jauh. Terharu dan sebak saya dengar Cik Ida cerita masa Encik sudi datang dan tolong setlekan kes hotel diorang kat Shah Alam masa Training baru-baru ni .
Encik selalu ada untuk kami.
Masa susah, masa senang kami :")



Deanna Morni | GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

02 December 15 Comments

Sempena ada masa terluang ni marilah kita isi dengan mengjoinkan GiveAway ataupon Segmen anjuran kawan-kawan blogger.. Kameq Deanna buat GA ni bermula 1 sampailah 19 Disember 2014.. 

Antara hadiahnye 6 X RM10 (CASH@TOPUP)  Wow!!! Klik je banner kalo nak tawu lebih lagi hehehe =P




Diserang Sarang Lebah

02 December 28 Comments

Betol macam kata kawan kitewww Ezy Lemon Ribena : makanan pon ada trending-trending sekarang ni kan.. Macam artis pulok kikiki =P  Sebelum ni pernah femes dengan macaron lah, pavlova, kek cheese leleh, pastu pulak si jeruk pelam asam boi dengan pisang goreng cheese tu jadi trending.. sana sini orang berlumba jual.. kalini ni ha Roti Sarang Lebah + Butterscotch pulak..
Aku ni pulak memang pantang tengok benda-benda makanan ni.. Kalo orang pantang, tak buleh makan itu ini.. Kalo aku ni -- pantang tengok mesti nak beli terus. hahaha ! Maklumlah nak merasa.. Asyik tengok skrin je nengok orang share sana sini kata sampai menjilat jari kaki apa semua.. Hape lagi, sambil  jadi mandor sambil dok usyarrr kedai mana yang ada jual.. Tengah laris skang ni menatang lebah nih.. Tempat aku ni ada sorang dua kakak suri rumah yang jual roti sarang lebah ni.. Memang jenuh tunggu turn sebab tunggu dia open order je baru boleh beli.. Tak menang buat ready stock katanya.. Sehari 3--4 puluh bijik sarang terjual.. Sebijik sarang lebah cenggini harga RM8.00 akak ni jual.. Haaaa darab lah sendiri dengan tiga empat puluh bijik sarang.. Tak bersarang duit engko dapat?? wow!! Kayo pakcik kayo ! hehehe =P


Tak puaihh la pulok sebijik sarang je.. ehem~



Dua Blogger

01 December 12 Comments

Welkem December. Tup² dah sampai ujung tahun dua ribu empat belas dah.. Rasa macam baru je Januari.. Tahun ni banyak positive jugak yang aku dapat compared to few years back.. Alhamdulillah :)

Harini jugak merupakan hari pertama Disember dan harini jugak ada dua rakan blogger yang membuat aku tersengeh macam kerang wangi hahaha ! 


Pertamanya, Safirul Amar hadiahkan peluang menempek dan mempromote link blog aku di ruang iklan blog beliau.. Sebagai ucapan terima kaseh katanya pada rakan blogger yang setia menjadi pengkomen tegar.. Dah la blog beliau menjadi pojaan ramai pelajar sekolah disebabkan banyak ilmu berkenaan ICT dikongsikan kat sana.. Untung aku dapat rakan blogger cenggini haaa.. Bukan senang nak dapat peluang cenggini kan?? Selalunye kena bayar certain amount untuk link kita dipromosikan.. Dapat pulak ruang atas, di ruang bawah header tuan blog.. Haaaaaa kembang kempis lobang hidong kitewwwww.. hehehe Terima kaseh bro ! Keep in touch kitewwww ye hehehe


Ini lagi sorang rakan blogger yang buat aku senyum kambing harini.. kemain lagi ye HSB nak suruh kitewww teruskan entry ikot huruf pertama setiap bulan tu hahahaha... Terharu kiteww taw awak sudi buat special entry promote blog kitewww kat blog awak *wink-wink* hehehe.. InshaAllah kalo idea kencang datang, ade lah entry ikot huruf tu.. Kalo takde, errrr errr errrr nanti kiteww pikirkan juge lah bagi sampai ade.. kehkehkeh =P

Mekaseh jugak pada kawan² blogger lain yang selalu sudi singgah sini walaupon kiteww ni kadang tu suam² kuku je hapdet haaa.. Maklumlah kan banyak nau hal nye.. kadang bile mood tengah mancanak naik nak hapdet, tetibe hal datang, dah terbantot.. Potong stim je. hehehe.. 


Nak p melawat site sat. 
Hujan + guruh sudah mula.
Muahhh ciked :*



N Tree Kacukan

30 November 9 Comments



Note #1 : Mohon maaf banyak-banyak ya kepada pemenang under sponsored by Scha disebabkan terdapat kesilapan pada email Scha.. Sipbaik tuan penaja tak marah kitewwwww sobsss sobsss.. Maafkan kesilapan kitewww ye tuan penaja dan jugak para pemenang (59, 8, 42)  
"Ampunkan kami penunggu guwa.. ampunkan kami penunggu guwa.." -- Pak Belalang  T_____T

Note #2 : Kepada yang belum membuat tuntutan bolehlah segerakan berbuat demikian kikikiki =P

Note #3 : Rasa nak pulun join segmen + give away kawan² blogger lah sementara masih ada masa terluang sepanjang jadi mandor nih.. Hurmm mana nak mula ea?

Note #4 : Mungkin November ini menjadi bulan terakhir entry mengikut huruf awal pada setiap bulan.. jeng jeng jeng =P



Balas kunjungan terjah blog kawan² hiyaaakkk !




Nama-Nama Pemenang 1st GiveAway by Anamizu | Pembetulan Email Penaja

30 November 38 Comments

PEMBETULAN EMAIL PENAJA : 
KEPADA PEMENANG DI BAWAH PENAJA SCHA SAHAJA 

(Mohon emailkan semula details ke alamat email Scha seperti di bawah sana) 

*Segala kesulitan amat dikesali. Mohon maaf daripada pihak penganjur :)

Sekali lagi aku ucapkan terima kaseh banyak banyak baaaaanyak pada semua kawan-kawan blogger yang sudi luangkan masa join 1st Give Away aku ni.. Kat sini aku senaraikan pemenang² yang dah di generate oleh random dot org.. Kalo tak puas hati, boleh marah Random ye. kikiki =P   Boleh check penyertaan korang kat SINI


PEMENANG TOPUP RM 5.00 X 7 PEMENANG 

Sent your details to anamizu.izumi@gmail.com :

Nama :
Blogger ID :
No Penyertaan  :
Phone Number :
Link Blog:

    
      


PEMENANG TOPUP RM 5.00 X 6 PEMENANG 
[sponsored by ZUMAL]

Sent your details to zumal84@gmail.com :

Nama :
Blogger ID :
No Penyertaan  :
Phone Number :
Link Blog:

      
      

 PEMENANG TOPUP RM 5.00 X 1 PEMENANG [ sponsored by YUI]

Sent your details to fashanusha@gmail.com :

Nama :
Blogger ID :
No Penyertaan :
Phone Number :
Link Blog:
  
PEMENANG BOOKMARK CRAFT BY NURUL YUI COLLECTION  X 1 PEMENANG 
[sponsored by YUI]

Sent your details to fashanusha@gmail.com :

Nama :
Blogger ID :
No Penyertaan :
Alamat : 
Phone Number :
Link Blog:


PEMENANG SET TUDUNG  X 3 PEMENANG 
[sponsored by SCHA]

PEMBETULAN EMAIL PENAJA 
Sent your details to sya_zana91@gmail.com  sya_zana91@yahoo.com :

Nama :
Blogger ID :
No Penyertaan :
Alamat : 
Phone Number :
Link Blog:

      

Note #1 : Boleh tuntut sebelum 12 tengah hari 12 Disember 2014. Kegagalan membuat tuntutan, akan menyebabkan para sponsor amek sendiri je semua hadiah² tu. Takde alasan² dah kalo claim selepas pada tu  kehkehkeh =P

Note #2 : Semua email gunakan subject berikut: Anamizu Suruh Claim Hadiah
Sesiapa guna subject selain daripada tu claim pada para penaja, siaaappla. Aku suruh penaja² semua canclekan. kikiki amboiii over nampak kan?  kikiki gurau-gurau. Tak cancle. Eh tapi seriyes k, sila gunakan subject itu sahaja untuk tujuan claim supaya mudah tuan-tuan penaja kita sedar kehadiran email-email korang yang disayangi semua hehehe 

Mohon pada semua yang tersenarai boleh mula claim hadiah masing² mengikut email yang betul ya. Kesilapan menghantar email kepada penaja yang salah akan menyebabkan tuntutan tidak akan diproses.. cewaahhh kemain lagi ye? hehehe takdelah.. Sama-sama mudahkan sesama kita okey? 

http://eemoticons.netSemoga ukhwah terjalin sesama kita terus kukuh.. Pada yang tak dapat janganla pulak korang boikot aku ye sobss sobss.. InshaAllah nanti-nanti ada rezeki lebeyhh kita buat Mega GiveAway pulak. Tapi doa-doakanlah aku dapat cari sponsored by datok bercucu ye.. Konfem hadiah dia grand brilliant terus hehehe


Semoga kalian-kalian sentiasa dalam lingkungan rahmatNYA :)




Nantikan Pemenang 1st GiveAway by Anamizu

28 November 18 Comments



http://eemoticons.netJumaat 28 November 2014, 12 tengah hari. Maka tamatlah sudah 1st GiveAway by Anamizu yang bermula 10 November haritu.. Terima kaseh aku ucapkan pada semua yang sama-sama menjayakan give away pertama anjuran aku ni termasuklah para sponsor yakni rakan-rakan blogger yang disayangi Zumal , Yui dan jugak Scha yang sudi untuk menjadi penyumbang hadiah dalam GA kalini.. 

Kepada semuaaaa para peserta yakni rakan-rakan blogger yang sudi join 1st GA ni, aku ucapkan jutaan terima kaseh tak terhingga jugak.. Tak kiralah rakan-rakan yang baru kenal atau pon yang dah kenal agak lama.. Korang semua memang supporters terbaeklah ! ;)

Ini entry auto publish sebab aku berada di luar kawasan (mandor kena pergi site  harini sebab Boss Besar sudah mari mau tengok progress). InshaAllah nama-nama 18 pemenang bertuah akan aku umumkan dalam masa terdekat. Mohon bersabaq sikiiiit je lagi naaaa semua hehehe





Nah 1st GiveAway By Anamizu

28 November 111 Comments

GIVE AWAY TAMAT !!!

ENTRY MELEKAT SEHINGGA 28 NOVEMBER 2014
Sempena berjaya menghapdet entry ke 100, aku dengan sukacitanya menganjurkan first give away.. Mulanya ingat nak main bagi je hadiah kat kawan-kawan yang selalu datang sini tapi bila ada kawan-kawan blogger drop komen sudi nak sponsor macam-macam, termasuklah Ezy yang sudi nak sponsor kasih sayang and am ir zahari nak sponsor jiwa dan raga ! Ha rare tak rare lah kawan-kawan blogger yang aku ada hehehe.. Errr takdelah gurau-gurau manja je tu hehehe tapi kalo nak sponsor pon boleh je meh sini bagi  kat aku meh kasih sayang beserta jiwa dan raga tu meh. kehkehkeh  =P

SYARAT-SYARAT:
1.Follow blog aku ni (ana-mizu.blogspot.com)
2.Copy paste banner GA dan backlink kat entry ni.
3.Tempek je link entry engkorang kat ruangan komen entry ni SAHAJA.
4.Wajib follow semua para penaja GiveAway ni.
5.Done. Senang je kan?
6.GiveAway ni tamat pada 12 pm 28 November 2014. 

HADIAH ! HADIAH ! HADIAH!
Topup RM 5 = 7 pemenang

PARA PENAJA 
Zumal  = Topup RM 30 X 1 pemenang  UPDATED : RM5 X 6 pemenang
Yui  = Topup RM 5 X 1 pemenang
bookmark craft Nurul Yui Collection X 1 pemenang
Scha = 3 set tudung X 3 pemenang [NEW UPDATE!]


GIVE AWAY TAMAT !!!




http://eemoticons.netRandom selection up to 18 winners !!! lai lai lai ~


Nak Jugak | Giveaway kerusiburok: Ole-Ole Phuket!

27 November 18 Comments
hai semua blogger!

seperti yang korang semua maklum, kerusiburok akan bercuti ke Phuket awal Disember ni (baca entri kerusiburok ke : PHUKET (intro))

jadi, kerusiburok bercadang nak bagi ole-ole dari Phuket kepada blogger2 sekalian.

bermula 25 Nove 2014 hingga 3 Dec 2014
KLIK banner di atas untuk sertai.

OLE-OLE utama akan diberi kepada 3 pemenang bertuah.
tapi kalau ramai yang join segmen giveaway ni,
saya akan tambah 7 lagi ole-ole untuk blogger bertuah!
hehehe

3 x Ole-Ole Utama = T-shirt kenangan dari Phuket
(sebab tu conduct giveaway awal-awal, nanti pemenang boleh dapat saiz baju yang betul hehe)


JOM SERTAI! Mana tahu korang bertuah! Klik Banner kat atas tu ye untuk syarat yang simple :)


jom join ramai-ramai. ajak blogger lain sekali yer!
di samping bersegmen, boleh jugak kita berblogwalking dan berkenalan! hehehe

babai.





Nindia Tapak Kaki

27 November 10 Comments

Aku rasa ini salah satu alternatif lah aku bagi pada kawan-kawan blogger yang mungkin ada masalah link tak keluar pada gambar profile google friend connect.. Yerlah kot² ada yang bermasalah ke untuk setelkan benda tu.. Cara mudahnya -- tempek je link kawan-kawan kat dalam kotak 'foot prints' tu..   


Maap la ye baru taruk je benda tu.. Sebelum ni penah jugak letak (lamaaaaaa dah la suatu masa dahulu) pastu asyik nampak link yang bukan-bukan je, tu yang aku remove.. Takpe kalini kita tengokkan dulu cemana.. Kalo jadi lagi, kita remove lagi. Apa ade hal kan ? kehkehkeh =P

Owhh yaa by d way, 1st GiveAway by Anamizu ada lagi beberapa belas jam sebelum berkahir.. Jemput lah join sokong aktiviti pertama anjuran aku yang tak seberapa ni hehehe  





Nak Follow Macam Mana?

26 November 14 Comments

Mesti pernah hadap benda ni kan? Maksud aku ada orang follow blog kita, pastu bila kita klik dekat gambar dia tu, takde la pulak Link blog dia. Dah tu camne nak follow blog dia? Hurmmm kalo terkena mood rajin terlebih, ada lah effort untuk selongkar cari sana sini. Tapi kalo memang tak berapa rajin dan ditambah kelajuan internet yang macam siput, memang tak dapeklah den nak nolong kan  ?

Cer kabor cemane nak follow tuan blog nih ha kalo dah klik default picture dia tapi link site yang dia join je yang muncul ? Kang mula la kata kita sombong tak follow back lah hape. Opssss =P

Cer tengok camni ha. Ini yang aku maksudkan kena ada link blog kita. Senang bila orang klik gambar kita tu akan keluar blogger account kita atau terus ke Google+ account.. Boleh pilih antara dua.. Google lah tutorial. Belambak ada.. 

Mungkin tak perasan agaknye atau mungkin tak tahu.. Takpe boleh usaha google.. Aku pon kalau tak tahu, aku google main bedal je type keyword. Asalkan wording tu rasa ada kena mengena dengan apa yang kita nak cari.. Aku pernah cakap pasal benda ni dulu..


Pssttt~ 1st GiveAway by Anamizu masih berbaki beberapa hari.. Sesiapa nak join sempat lagi hehehe



Nafis | Ex Boss

25 November 27 Comments


Aku rasa aku antara insan bertuah sebab my Ex-Boss is one of my silent reader selama aku berblog ni.. Aku mula berblog July 2010 dan Disember 2010 aku mula diterima berkerja dengan company aku yang sekarang ni.. Aku sendiri lupa sebenarnya yang masa first training on Mac 2011, ada sharing session tentang blogging sebab ada modul social media networking | pro n cons. (Dari situ lah boss aku ni start tawu aku ni ada blog)

Masa dalam training room tu cuma aku dan dua tiga orang lagi rakan lain je yang memang ada blog dan seriyes menulis blog.. rakan lain memang takde blog so kami pon sharinglah link blog n bla bla bla apa semua..




Rupanya Encik Boss dok usyar baekkk punya selama ni blog aku ni.. sipbaikla takde kutuk-kutuk apa pasal beliau memandangkan dia sporting habes dengan staff.. Aku memang respect dengan dia sebabnye dia anggap staff-staff semua macam anak-anak dan adik-adik dia sendiri.. Jenis tak kedekut berkongsi segala apa yang dia ada. Baik dari segi sharing ilmu mahupun rezeki lain.. (sesungguhnya ini bukan bodek.. kehkehkeh)

Tapi sekarang dia dah bertukar company lain.. Aku insan paling sebak bila dapat tahu rupanya selama ni dia stalk segala isi dalam ni.. Banyak pahit masin manis payau yang aku share kat sini.. Disebabkan dia Boss aku, rasa sebak dan sayu tu lebih sikit. Yelah mana nak expect boss kita rupanya stalker entry-entry blog kita ye dak? hehehe 

Encik Boss,
Have a blessed day ahead Encik :)


Nan Roti Atau Pizza Mini?

24 November 31 Comments


Selesai program tahunan Expert Workshop (EW) bagi site aku di Felda Gunung Besout 2, Sungkai, Perak pada 24 November 2014 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. EW ni adalah annual program anjuran Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) dimana seorang pakar (expert) diundang khas untuk memberi tunjuk ajar secara PERCUMA kepada 30 orang peserta sahaja. Program EW ni merupakan salah satu program wajib bagi setiap Pi1M di bawah kendalian Packet One Networks.

EW yang sebelum-sebelum ni antaranya berkenaan EW Solekan & Andaman (Basic Make Up &  Grooming | Women), EW Gubahan Hantaran Bunga Hidup dan jugak EW Basic Photography & Photo Editing).. Dan untuk siri ke empat tahun ini adalah EW Roti & Pizza.. 

Kalo tiga siri sebelum ni semuanya bukan edisi 'makanan', maka kalini kamiorang decide untuk amek expert yang boleh buat edisi makan-makan pulak.. Tu yang terhasilnye EW roti & pizza ni haaa.. Bukan ape disamping dapat belajar (siap demo dapat uli sendiri), peserta jugak dapat bawak balik hasil roti & pizza yang dah siap dibakar tu.. 

Dah la dapat ilmu FREE pastu siap dapat tapaw bawak balik roti yang gebu gebasssss gitu ha.. Bukan sebijik / sepotong je.. Berbijik-bijik dan berpotong-potong dapat setiap seorang.. Puan Siti Fairus jugak seorang yang tak lokek dengan bahan-bahan dan ilmu.. Tu yang semua pakat senyum lebarrrr dapat tapaw roti bawak balik hehehe

Ekceli kalo ilmu ni betol-betol dipraktikkan, takyah susah-susah lagi fikir nak bantu tambah pendapatan keluarga.. Terutamanya isteri-isteri suri rumah sepenuh masa.. Sambil uruskan rumah, sambil uli doh roti dan pizza nih pastu jual.. Hahhh silap-silap jadi toke roti. Boleh kalah roti nan kedai mamak depan tu haaaa.. kehkehkeh =P