Short Trip Di Cameron Highland | Part 2

Lepas setel drop by kat TIGA pit stop yang aku citer sebelum ni, kami gerak lagi dan singgah ke pit stop seterusnya. 

Pit Stop #4 : Butterfly Garden


Tak jauh sangat pon dengan Bee Farm pastu kami singgah pulak kat Butterfly Garden ni. Tiket masuk RM5.00 (dewasa) dan RM2.00 (kanak-kanak) . Daripada pemerhatian aku, kebanyakan rate tiket masuk kat CH ni cenggitulah. 5ringgit dewasa dan 2ringgit kanak-kanak. Selain daripada tu masuk percuma je.

Dalam Buterfly Garden ni bukan ada rama-rama je rupanya. Ada jugak haiwan lain antaranya ular, spiderman, guinea pig, kura-kura, scorpion, King Praying Mantis (bapak ahhhhh besar giler! meremang segala bulu roma aku masa terpandang cengkadak tu dalam cage). Aku nak snap gambar pon tak sanggup. Cepat-cepat aku jalan tengok tempat lain =P





Pit Stop #5 : Vegetable Market

  
Lepas setel singgah sana sini pastu dah setel petik sendiri buah stroberi, kami pon gerak terus sampailah kat Vegetable Market ni (tak jauh pon dengan Hotel Equatorial). Kalau masa mendaki tu dah nampak sayup² hotel tu, maknanya tak jauhlah dengan lokasi market ni. Sinilah lubuk untuk beli segala ole² dari Cameron Hihgland selain daripada Pasar Hari kat Brinchang.

Boleh pilihlah benda apa yang nak diborong : sayur ke, souvenier ke, buah stroberi ke ataupun tshirt ke. Dulu aku rasa tak banyak sangat gerainye tapi kalini macam makin panjang pulak deretan gerai yang ada kat sini. Rambang bijik mata nak memilih. Masa kat sinilah kena pandai riki kedai sebab lain kedai, lain jumlah packet yang kita boleh dapat dengan hanya RM10.00. Ada kedai yang jual sayur 4 packet RM10, ada pulak yang jual 5 packet RM10 dan ada jugak yang jual 6 packet RM10 siap dengan FREE extra 1 atau 2 packet! Stroberi pon cenggitu gak. Ada peniaga yang jual 1 pek besar cenggitu RM9.00-RM10.00 dan ada jugak peniaga yang jual 3 pek besar cenggitu RM25.00 je! Wohooooo memang rasa nak borong semua hahaha

Mak aku, Abang Long dan akak ipar aku menggila gak la membeli kat sini. Segala sayur, deme kutip. Si Rafael pulak sakan jugak memilih topi kepala haiwanlah, glove stroberilah. Aku lah yang kena jadi bodyguard dia memandangkan orang lain sibuk memilih dan membeli. Last² aku pujuk dia beli topi kepala iron man je, yang lain-lain aku provok kata tak best hahaha. Walaupun pergi hari biasa, manusia tetap ramai gila. Market ni sesak gila. Kalau weekdays dan public holidays aku tak tawu lah cemane sesak dia. Fuhhh~

Pit Stop #6 : Bharat Tea Plantation (Ringlet)

Ini pit stop terkahir kami : Cameron Valley Tea House atau dikenali jugak sebagai Bharat Tea Plantation. Aku takde membeli ape pon kat sini. Nak minum² pon tempat sesak sangat dengan manusia sana sini. Tengok orang beratur punya ramai kat kaunter, idokla sanggup aku nak berdiri jugak menambah lagi panjang barisan tu. Lagipun tekak aku bukan jenis peminat teh so aku tak merasa pon takpe. Tambah pulak si budak kemetot ni tak sesabor ajak aku turun ke bawah sana. Mentang² lah die tengok ramai bebudak sebaya dia dok turun naik kat ladang teh tu, dia pon kemain lagi menggelejat nak ke bawah sana. Bila tengok sayupnya nak turun ke bawah sana, tak sanggup aku nak turun sampai ke bawah sana tu. Cukuplah turun 5-6 anak tangga. Sesungguhnya aku sayang lelamak aku ni. Tak rela aku nak kerabat naik tangga tu nanti. Semput makcik nak oi =P


Short trip kami berakhir kat sini lepas selesai gegedik begambor kat ladang teh tu. Akak ipar aku dan si Rafael pon dah puas hati dapat self-plucking strawberry, Abang Long aku puas hati dapat borong teh stroberi untuk kengkawan kerja dia dan mak aku pon puas hati dapat borong segala macam mak nenek sayur untuk kengkawan ahli mesyuarat tingkap dia. 

Kami balik turun ikot jalan Cameron Highland-Tapah. Hujan dah mula turun waktu tu. Jalan Tapah ni semakin teruk aku tengok. Dah la selekoh kuat pastu jalan berlobang sana sini. Semakin dibiar tak diselenggara dah jalan Tapah ni (mungkin sebab dah ada jalan Simpang Pulai-Cameron Highland) so jalan Tapah ni dianaktirikan sebegitu rupa. Ada satu kereta eksiden dengan lori besor masa kami turun ikot jalan Tapah ni. Kemek agak teruk bahagian depan sisi kanan kereta tu. Dah la hujan makin lebat, mencabar betul turun ikot jalan Tapah tu. Alhamdulillah kami selamat jugak sampai rumah sebelum maghrib.

Peta Cameron Highland 
*Pinjam Google*

Sesape yang suka adventure, bolehlah naik / turun ikot jalan Tapah-Cameron Highland. Kalo sesape yang tak suke gelap dan mengharapkan selekoh yang agak tak teruk, silalah ikot jalan Simpang Pulai-Cameron Highland sana.





11 comments:

  1. Bestnya cuti2..dah lama tak ke CH :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kaseh singgah sini Norma NML :)
      best jugak dapat cuti2 kejap dgn family hehe

      Delete
  2. Rindunya nak pergi ladang teh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti balik malaysia boleh la pergi hehe

      Delete
  3. Cantiknya rama-rama kat butterfly farm tu! :)

    ReplyDelete
  4. waha, butterfly farm! x pernah lagi ke sana. sebab x ramai suka pergi. sedih betul. hahahaha. nasib baik Rafael beli juga topi. hahha. itupun nasib baik senang pujuk. budak kalau dah nampak benda dia suka, semua dia paksa orang beli juga >.<

    ReplyDelete
  5. eehe lepas CT bace yang part 1 ritu.. ayah balik bagitau nanti kena teman anak2 murid
    dia pi CH ngeh3.. day trip jugak.. CT kalo pi sana makan buah jeee la kerjanya eheh..

    ReplyDelete
  6. best nyer jln2.... ada ole2 CH x?

    ReplyDelete
  7. huiyooooo...tergoda tgk sayur2 tuh semua...mesti fresh tu kan...lama dh xg cameron....7 thn dh kot xpegi....huhuuhhu

    ReplyDelete