Doughnut | Sama Tak?


Selama ni adunan donut yang aku kenal adalah jenis yang ada lubang kat tengah tu. Rupanya ada jugak makanan lain kat serata dunia ni yang menggunakan adunan seumpama donut tu jugak cuma nama dia lain-lain. 

1.Fritters


Kalau kat Malaysia femes dengan pisang goreng, kat Amerika pun ada jugak yang camtu tapi bezanya adunannya tebal dan manis dan dikenali sebagai Fritters.

2.Buñuelos


Buñuelos adalah makanan khas Columbia dan Spanyol. Biasanya disajikan semasa perayaan hari Natal atau Krismas.

3. Churros
 

Churros adalah sejenis jajan biasa yang boleh didapati di sekitar pinggir jalan di Sepanyol. Dimakan semasa hangat, ditaburi gula halus atau serbuk kayu manis. 

4. Frittole



Di Venezia, Itali, makanan hasil adunan seperti donut dikenali dengan panggilan Frittole. Adunannya memang mirip seperti donat, namun kemudian dicampur dengan buah-buahan kering dan kulit jeruk sebelum digoreng dan disajikan semasa karnival-karnival besar. 

5. Gulab Jamun
 



Di Indian pula ada Gulab Jamun, sejenis kuih manis yang biasa disajikan di pesta pernikahan. Dimakan dalam keadaan ia masih hangat. Macam manisan yang dipanggil Laddoo lah lebih kurang. Dihidangkan selalunya semasa majlis perkahwinan (macam dalam cerita Hindi selalu tayang tu)

6. Loukoumades
 



Loukoumades adalah makanan yang biasa disajikan semasa festival atau karnival di Yunani. Setelah adunannya digoreng, kuih ini disiram dengan sirup madu dan ditaburi gula, kacang, atau biji bijan.

7. Paczki
 


Di Poland ada Paczki, yang merupakan kuih "donat" yang diisi PÄ…czki adalah sejenis kuih yang digoreng dalam berbentuk sfera diratakan dan diisi dengan Barli atau pengisian manis lain. PÄ…czki biasanya ditabur dengan gula serbuk, aising atau cebisan kering parutan kulit oren. Sedikit alkohol gandum (tradisional, Spiritus) ditambah kepada doh sebelum memasak kerana ia menyejat dan menghalang penyerapan minyak jauh ke dalam adunan.


8. Timbits
 


Timbits adalah salah satu makanan yang popular di Canada. Adunan, cara membuat, serta rasanya, sama dengan donat. Bezanya, timbits hanya berukuran sebesar lubang donat.

credit : Open Minda

Mesti ada lagi makanan lain yang menggunakan konsep adunan lebih kurang sama macam adunan donut ni kan. Apa pun nama dia, tetap membuat air lior aku meleleh. adehhh lapaqqqq T_____T


38 comments:

  1. Nampak sama ja macam donut ball yang last tu..kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe haah nampak mcm sama je kak wana :)

      Delete
  2. Assalam ana,
    ok..bak sepinggan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam kak. amek la kak. pilih je mana nak =P

      Delete
  3. Macam-macam bentuk yer yang ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tu la mcm-mcm bentuk plak dah zumal

      Delete
  4. uwaaaa~~ terliur tengok semua makanan ni.. teringin plak nak churros~ huhu

    singgah dari blog sy^^

    http://dilakazuha.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ana pon terlior tgk smua tu kak huhu

      Delete
  5. Replies
    1. rasanya mungkin lebih kurang sama sbb basic ingredient dia tetap tepung kan Yui hehe

      Delete
  6. Churros tu kalu celop coklat... Perghhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jyeahh cekodok kalo celop coklat pon agak perghh gak SS hehehe

      Delete
  7. semuanya sedap di padankan dengan secawan nescaffe ke kopi..hehehe cantik paparan kuih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dimakan dgn secawan milo pon ok gak etuza hehe

      Delete
  8. sy pernah try buat churros. tapi tak menjadikk. keras macam batu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer try recipe ni, confirm jadi punya la... hehehe~ ;3

      http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2014/03/jom-try-buat-nih-churros.html

      Delete
    2. Echa nti try pulak resepi versi Plain kasi tu ye hehe

      Delete
  9. Memang sampai hati kak ana buat kita macam ni.. Tengok, kita dah terliur dah hm T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ampunnnnn Ina.. tak disengajekan hehehe

      Delete
  10. hihihihi.. kalau di Malaysia plak kita ada Burger Malaysia, resepinya donut jugak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe haah kak eny. tp berger malaysia pedas2 sikit. yg ni semuanya versi manis2 ni hehe

      Delete
  11. yg pasti semuanya nampak sedappppppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah kak anies itu yg paling pasti sekali :D

      Delete
  12. churros tu ada yang panggil kuih belimbing kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah pnh gak dgr org sebut kuih belimbing tu Lea

      Delete
  13. Selalu dengar yg Churros tu, tp yg lain tak pernah tahu kewujudannya...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah aku pon sllu dgr psl Churros tu je sblmni. yg lain2 ni baru je tawu hehe

      Delete
  14. rasanya kite pernah makan timbits tuh...tpi masa tuh xtau nama dia...hehehe baru ni tahu...bgus perkongsian ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh kak aisya besnye dok germany boleh rasa mcm2 makanan org sana jugak hehe

      Delete
  15. No 5-8 tu tak pernah try lagi. Timbits tu tak sedap sangat. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahwahwah farah dah pnh try mcm2.. x sedap ek timbits tu? ingtkn sama rasa mcm donut hahaha

      Delete
  16. pernah try churros tu. dip dengan chocolate. sedapp. hehe

    ReplyDelete
  17. why why! kenapa mesti kongsi gambar makanan?????!!! hahahahhaa... churros tu nampak lawa lah... nnti nak try wat dengan ummi la :)

    ReplyDelete
  18. timbits tu mcm yg jual kat jusco tu je. hehe

    ReplyDelete
  19. Ohh baru tahu haha tak berkembang betul sel otak

    ReplyDelete