Dialek-Dialek di Negeri Perak


Negeri Perak memiliki sejarah yang setanding dengan sejarah Kedah Tua dan Kelantan Tua (Pan-pan,Tan-Tan,Chih-tu) dan Langkasuka.

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa,ada disebut tentang negeri Perak yang bersaudara dengan Kedah,Patani dan Siam Lancang (kini terletak sekitar Champasak,Laos)

Negarakota Melayu (Malay city-states) yang terkenal di Perak adalah kerajaan Gangga Negara.Dalam Sulalatus Salatin menceritakan istanakota Raja Shah Johan,pemerintah Gangga Negara dikelilingi parit sebagai pertahanan seperti yang kita lihat pada Caerlaverock Castle.

Di negeri Perak,terdapat 5 jenis dialek iaitu:

1) Dialek Patani
2) Di Utara
3) Dialek Lembah Sungai Perak
4) Dialek Kinta
5) Dialek Selatan

Di bahagian Hulu Perak iaitu Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di kawasan ini banyak menggunakan dialek Patani. Ia menyebabkan dialeknya seakan-akan serupa dengan dialek Kelantan. Sepertimana di utara, penduduk Hulu Perak juga kebanyakannya terdiri daripada penduduk dari Patani dan Reman.Sebagai pengetahuan,Reman adalah sebuah negeri yang pernah wujud sekitar hulu Perak dan Jala (Yala) di Thailand kini.

Dialek Utara terdapat di sekitar bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai,Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis.Selain kedudukan geografinya bersempadan dengan negeri Kedah,faktor migrasi juga memainkan peranan akibat peperangan dengan Siam dan konflik antara pengikut raja.

Dialek Lembah Sungai Perak adalah dikatakan dialek asli negeri Perak.Ada juga memanggilnya sebagai bahasa Lambor.Ia berlokasi di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Lambor Kg. Gajah dan Tg.Blanja.Dialeknya agak berbeza dan menjadi 'trademark' jika dibandingkan dengan dialek di negeri-negeri lain dengan hujung perkataan diubah kepada bunyi 'e pepet'; contohnya perkataan "tiga" disebut "tige" dan penggunaan perkataan era bahasa Melayu klasik seperti "ate" (hatta).

Dialek Kinta pula banyak bercampur-campur dengan dialek-dialek dari Siak dan Kampar juga dialek orang Banjar,Rawa dan Mendeiling.Faktor-faktor dialek dari seberang Sumatera ini adalah kerana daerah Kinta ialah daerah tengah Perak yang maju dengan perlombongan bijih timah,perdagangan dan aktiviti politik.

Akhir sekali ialah dialek Selatan iaitu terdapat di sekitar daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh, dialeknya pula lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan Johor. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri daripada penduduk yang datang dari arah Selangor kerana faktor sempadan dan konflik seperti perang saudara antara pengikut raja.

Memahami dialek asli Perak iaitu bahasa Lambor atau dialek Lembah Sungai Perak perlulah bersama-sama kajian bahasa-bahasa orang Asli di pedalaman Perak sebagai Aborigine atau Proto-Melayu sebelum kedatangan era kesultanan pada pada abad ke-16.


Aku anak jati Perak yang lahir di Bagan Serai (Utara Perak) tapi membesar di daerah Batang Padang dekat dengan sempadan Selangor. Jadi teman ni idokle pandey benor cakap dialek Lembah Sungai Perak tu sebabnye teman ni dari kecik sampey ke besor dengor orang keliling cakap dialek utara dan dialek selatan. Buleh le sikit-sikit nak meniru, pandey tu idokle kikiki

Ate cer kome komen ape bahase kome gune sehari-hari?  =P


19 comments:

  1. Aku guna bahasa melake ...
    Hawau kau...hahaha

    ReplyDelete
  2. kadang kadang boleh terikut cara orang lain bercakap :)

    ReplyDelete
  3. mesti dialek perak nie ada jenis lain2 kan? hehhe. BV sarawakian malay, so memang lain sangat la. hahahhaa XD

    ReplyDelete
  4. ate...keme penoh jadi pah bedah....keme biase cakap bote...kwn keme org bote...ate...tiap cuti keme ikut laa kwn keme balik kampung...melekat bahse bote nye.....hhahahahahahahaahha

    ReplyDelete
  5. Saya lahir taiping lepastu pindah bukit merah tapi bahasa utaranyaa biasa-2 jea . Tak tahu la kenapa tak sepekat orang utaraa lainn :) hjihiks , terikut mungkinn .

    ReplyDelete
  6. Owh lahir kat Bagan Serai yer... Kampung tok zumal kat Bagan Serai gak... Bila Ana buka cerita pasal dialek nie teringat lak subjek BM form 6 dulu ada sentuh pasal dialek nie...

    ReplyDelete
  7. ater teman pun oghang peghak jugak.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  8. Ina tak tahu satu dialek atau loghat pun T-T sebab ina orang selangor :p hehe

    ReplyDelete
  9. banyak dialek orang perak ni noh, hehe

    ReplyDelete
  10. Akak baru tahu. Nice info, dik. Akak ingat semua sama je :)

    ReplyDelete
  11. Dekat berbelas tahun dah aku tinggal Perak, jd dah banyak hilang dah loghatnya...
    Perak murtad kot...hehehe

    ReplyDelete
  12. ooo.org perak ka ate ni...
    hehehe
    suka dgr org perak ckp...

    ReplyDelete
  13. mak aihh. banyak nya dialek!

    ReplyDelete
  14. kita mak ayah abang2 smua perak yg lain selangor.. heheh..balik rumah opah,bila cakap dgn opah rasa macam 'itik dgn ayam'.kekadang tak paham sangat..,rasanya opah mcm cakap utara.

    ReplyDelete
  15. oooo..perak pun ada macam2 dialek rupanya....

    ReplyDelete
  16. Ohh kalau ipoh Dialek Lembah Sungai Perak eh?sebab macam dekat je dgn kg gajah tuu.

    Kite baru setahun pindah perak. tu pun tak bergaul. tapi kalau dengar sedare bercakap mcm Dialek Lembah Sungai Perak. Kengkadang mati kutu tak faham ape deme cakap, haha last2 tanye ayah yg sah2 anak jati perak!

    ReplyDelete
  17. Banyok benor labun teben perak ni kalu kome ndak tau... Mika jgn tekejut kalu teman kabo budak lime tahun melabun tebennye buleh buat oghang luor macam tengin jer... Ha, ape lagi yob, kak Yong! Moh le kite kejor deme! Bior labun negeri kite perak ni terpelihara. Kabor oghang Ipoh Ha.... Kejor je yop! Aje sior teman.. Huhuhu

    ReplyDelete